Pukulan maut dalam UMNO?

April 23, 2021 · Politik

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan individu yang mementingkan diri akan berdepan kekalahan paling teruk dalam dunia politik.

Menyatakan pendiriannya secara umum, Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata hanya mereka yang mampu meluruskan order baharu politik akan berjaya.

“Mereka yang angkuh, bernostagia, dan masih perjuangkan kepentingan individu bakal menerima pukulan maut politik,” katanya hari ini.

Annuar berkata, order baharu politik nasional akan memberi kejayaan kepada pihak yang berjaya memperbetulkan kesilapan dan responsif kepada realiti serta keseimbangan baharu politik.

Politik dalaman UMNO sekarang ini semakin kacau selepas perhimpunan agung hujung Mac lalu, susulan keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pada masa sama klip audio mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berbuat menerusi telefon dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika perhimpunan itu, pula tersebar.

Perbualan mesra yang turut merangka strategi politik tertentu, menyebabkan ahli akar umbi UMNO mula hilang kepercayaan terhadap Zahid dan mendesak beliau berundur.

Desas-desus juga tersebar mengatakan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat Ahad ini mungkin meminta Zahid ‘berehat’, selepas beliau dilihat menjadi liabiliti kepada parti itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok