Saman Zahid: Dr Mahathir kekal dengan kenyataan asal, kata peguam

April 27, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berganjak daripada kenyataan asal beliau bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah bertemunya meminta supaya mencampuri urusan mahkamah dihadapinya.

Peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Dr Mahathor berkata anak guamnya tidak berganjak bahawa kenyataan yang telah dinyatakan sebelum ini adalah benar.

“Bagi memelihara hak beliau (Dr Mahathir), tuntutan balas akan difailkan di mahkamah kelak, jika perlu,” katanya.

Untuk rekod, pada 23 Februari lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada sidang medianya, mengakui pernah didatangi Zahid yang ingin meminta bantuan untuk membebaskan dirinya daripada pendakwaan rasuah di mahkamah.

Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu telah menetapkan tarikh pengurusan kes bagi saman fitnah melibatkan Presiden UMNO itu dan Dr Mahathir.

Dr Mahathir selaku defendan telah melantik Tetuan Haidir & Co, sebagai peguam yang bertanggungjawab untuk mengendalikan kes berkenaan.

Mahkamah turut menetapkan pendengaran kes ini berkaitan permohonan Interim Injunksi pada 17 Jun depan.

Minggu lalu, Zahid memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir berhubung isu mempengaruhi bekas Perdana Menteri itu untuk mencampuri urusan perbicaraan kes yang dihadapinya di mahkamah.

Zahid, 69, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, menerusi Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq pada 20 April lepas dengan menamakan Dr Mahathir, 96, sebagai defendan, lapor Bernama.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang diperoleh menerusi carian sistem mahkamah, Presiden UMNO itu berkata pada 19 Oktober 2018, beliau telah dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, bagi 12 pertuduhan melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dan kesemua pertuduhan tersebut telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Zahid mendakwa Dr Mahathir telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah dengan niat jahat terhadapnya pada Majlis Pelancaran Aspirasi Parti PEJUANG sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 23 Februari 2022.

Berita berkaitan: Zahid saman fitnah Dr Mahathir

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok