Hakim disiasat SPRM, Suhakam bimbang integriti institusi kehakiman tercemar

April 27, 2022 · Isu semasa

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dibimbangi akan menyebabkan integriti institusi kehakiman negara tercemar dengan campur tangan orang politik.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata bimbang dengan tindakan SPRM menyiasat Nazlan, ia memandangkan timbul motif wujud campur tangan memandangkan beliau sebelum ini menjatuhkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu kenyataan, Suhakam menyifatkan apabila hakim Mahkamah Rayuan itu disiasat SPRM, ada risiko untuk badan kehakiman negara dihujani dengan pelbagai tuduhan remeh.

Selain itu kata Suhakam langkah diambil SPRM itu akan mewujudkan duluan negatif serta berbahaya dan ia boleh melemahkan kebebasan badan kehakiman negara.

“Ini juga boleh membuka pintu kepada lebih banyak pertuduhan remeh dan menyusahkan, selain penyalahgunaan proses oleh agensi penguatkuasa terhadap badan kehakiman.

“Suhakam menyokong pandangan bahawa semua hakim mesti mempunyai ruang yang sesuai untuk melaksanakan tugas mereka dengan cara yang jelas kepada semua, dan proses dan keputusan kehakiman adalah bebas daripada sebarang campur tangan, beralasan dan jujur.

“Paling penting adalah mustahak untuk keadilan bukan sahaja dilihat dilaksanakan tetapi mesti dilakukan mengikut undang-undang,” kata Suhakam.

Terdahulu, Nazlan membuat satu laporan polis pada 21 April berhubung artikel berita disiarkan portal Malaysia Today yang mendakwa beliau sedang disiasat berhubung pemindahan wang yang tidak dapat dijelaskan ke dalam akaun banknya.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata Nazlan menafikan “tuduhan-tuduhan palsu, tidak berasas serta berniat jahat” yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang Hakim Mahkamah Rayuan.

Pejabat itu memandang serius tuduhan serta komen sedemikian, dan mengingatkan orang ramai bahawa tuduhan terhadap badan kehakiman bertujuan untuk mengganggu gugat kes-kes yang sedang dalam proses perbicaraan, adalah satu pelanggaran prinsip sub judice.

Majlis Peguam juga berpendapat siasatan SPRM ke atas Nazlan boleh dilihat sebagai menjejaskan kebebasan mahkamah dan melanggar doktrin pengasingan kuasa dan tidak berperlembagaan, menekankan bahawa sudah ada mekanisme perlembagaan sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menangani aduan tentang salah laku kehakiman.

Dalam menyokong hakim yang bebas dan berintegriti, Majlis Peguam juga memberi amaran bahawa Malaysia tidak harus menyerah kepada pendekatan mudah dalam mengendalikan “suara-suara tidak bertanggungjawab” yang menggunakan papan kekunci dengan melakukan serangan dalam talian terhadap kebebasan mahkamah.

Pada 23 April lepas akhbar ‘The Star’ menyiarkan satu laporan ekskusif yang menyatakan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa suruhanjaya itu telah memulakan siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Akaun FB rasmi Mat Sabu digodam : Pejabat menteri
June 13, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
21 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok