Kes positif hari ini naik sedikit

April 26, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 3,361 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini (26 April 2022), tinggi sedikit daripada 2,478 kes yang direkodkan semalam.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak awal 2020 meningkat kepada 4,436,912 kes, menurut data Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam ini.

Sehingga semalam seramai 4,330,037 pesakit telah sembuh, 35,507 kematian dicatat, dan 68,007 kes masih aktif.

Data juga menunjukkan lapan negeri merekodkan peningkatan jangkitan harian berbanding semalam.

Selangor merekodkan 1,803 jangkitan baharu berbanding 1,127 kes semalam, menjadikan kumulatif positif di negeri itu mencecah 1,334,277 kes.

Negeri dan Wilayah Persekutuan lain yang merekodkan peningkatan kes hari ini ialah:

  • Kuala Lumpur – 494 kes (356 semalam);
  • Negeri Sembilan – 201 kes (195);
  • Perak – 137 kes (101);
  • Melaka – 74 kes (57);
  • Putrajaya (64 kes (22);
  • Pahang – 56 kes (40); dan
  • Sabah – 51 kes (48 semalam).

Berikut adalah kumulatif positif bagi negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan sehingga 26 April 2022.

  • Selangor – 1,334,277;
  • Johor – 381,745;
  • Sabah – 370,590;
  • Kuala Lumpur – 346,688;
  • Sarawak – 304,979;
  • Kedah – 298,291;
  • Pulau Pinang – 276,588;
  • Kelantan – 247,268;
  • Negeri Sembilan – 201,007;
  • Perak – 200,055;
  • Pahang – 170,560;
  • Terengganu – 125,588;
  • Melaka – 121,487;
  • Labuan – 21,295;
  • Putrajaya – 19,249; dan
  • Perlis – 17,245.

Maklumat lengkap termasuk jumlah kematian akan dikemas kini pagi esok.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
11 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok