MOSTI syor pendidikan industri, teknologi dron dalam silibus STEM

April 24, 2022 · Isu semasa

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bercadang untuk memperkenalkan industri dan teknologi dron dalam silibus pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan lebih ramai pelapis dan penggiat industri itu pada masa hadapan.

Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berhubung perkara itu dalam usaha kerajaan dalam memperkemaskan silibus serta menarik minat ramai terhadap subjek STEM, lapor Bernama.

“Saya dimaklumkan Kementerian Pendidikan akan membawa memorandum Jemaah Menteri terhadap STEM dan juga penggunaannya (STEM) kepada kerajaan dan di situ, kita (MOSTI) akan memberi ulasan supaya teknologi dron seperti rekabentuk, penggunaan dan juga Artificial Intelligence (AI) dimasukkan dalam (STEM)… seawal-awalnya dalam kurikulum dan kokorikulum sekolah.

“Memorandum dijangka akan dibawa dalam masa terdekat dalam usaha untuk memperkemaskan lagi STEM,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan program tanggungjawab korporat sosial (CSR) “Fly with Meraque” di Dewan Majlis Daerah Kota Tinggi, Bandar Tenggara, hari ini.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya sedang berkerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh, dengan memulakan pengenalan teknologi dron itu menerusi kokorikulum di peringkat sekolah, institusi pendidikan tinggi dan institut kemahiran di Johor.

“Dengan adanya minat dan usaha untuk membangunkan industri dron ini, ia melibatkan penggunaannya dalam pelbagai sektor terutamanya industri 4.0 (IR 4.0) yang melibatkan AI dalam dron itu sendiri. Jadi, ini peluang untuk kita mencipta pekerja, peluang untuk kita mendapatkan masyarakat untuk menaikkan taraf hidup menerusi teknologi.. inilah yang kita nak lakukan,” kata beliau.

Pada majlis itu Dr Adham turut menyampaikan dua set dron kepada tiga sekolah angkat untuk program berkenaan selain turut melancarkan dan Modul Pengenalan Teknologi Dron.

Mengenai program hari ini, beliau berkata program CSR yang dilaksanakan dengan bantuan syarikat teknologi dron – Meraque Services Sdn Bhd melibatkan tajaan pemberian dron bagi tujuan pembelajaran serta modul asas kesedaran dron kepada tiga sekolah di Johor.

Program berkenaan dijangka memanfaatkan lebih 600 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin dan SMK Seri Pinang di sini dan SMK Taman Scientex di Pasir Gudang.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Meraque Service Md Razalee Ismail berkata dengan program CSR itu, ia secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam industri dron, sekaligus menyokong pembangunan industri itu secara keseluruhan.

Berita berkaitan
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Dron tidak dibenarkan penggunaan sebelum dan pada sambutan Hari Kebangsaan
August 29, 2023· Isu semasa
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Logo DAP pada cek sumbangan, Pemuda PN bidas tatakelola kerajaan PH-UMNO
August 24, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok