Penyanyi kumpulan terkenal direman dua hari belasah bekas isteri

April 21, 2022 · Isu semasa

Seorang penyanyi lelaki sebuah sebuah kumpulan muzik terkenal tanah air, direman dua hari bagi membantu siasatan setelah disyaki memukul dan mencederakan bekas isterinya, kelmarin.

Perintah reman bermula semalam dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, hari ini.

Peguam mewakili artis berusia 45 tahun yang ditahan semalam itu, Kailash Hsarma, berkata lelaki terbabit berkemungkinan akan dituduh di mahkamah, esok, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.

“Polis memohon reman selama empat hari, namun ia dikurangkan kepada hanya dua hari. Dia berkemungkinan besar akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, esok,” katanya memetik laporan BH.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anak guamnya itu berada dalam keadaan sihat, termasuk dari segi emosi.

“Mengenai tuduhan itu, saya difahamkan dia turut membuat laporan polis, malah ada berpesan agar kesalahannya hanya boleh ditentukan oleh proses undang-undang,” katanya.

Artis berkenaan ditahan polis, semalam, kerana disyaki memukul dan mencederakan bekas isterinya di sebuah kediaman di Kota Damansara, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata tangkapan itu dibuat selepas polis menerima aduan daripada bekas isteri suspek berusia 27 tahun.

Mohamad Fakhrudin berkata, pengadu mendakwa dia berada di kawasan parkir kediaman bekas suaminya di Kota Damansara, kira-kira jam 2.29 petang untuk mengambil anak lelaki daripada artis terbabit.

Bagaimanapun, katanya, berlaku perselisihan faham kerana pengadu dikatakan enggan bergambar dengan suspek, sehingga artis itu didakwa marah dan memukul badan wanita berkenaan menyebabkannya mengalami lebam serta anggota badan sakit.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
11 jam lalu· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok