ADUN DAP Pasir Bedamar dituduh masukkan dadah ke dalam badan

April 20, 2022 · Isu semasa

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pasir Bedamar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, hari ini atas tuduhan memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badan pada 14 Januari lalu.

Terence Naidu membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah pada jam 12.13 tengah malam, 14 Januari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, ADUN DAP Perak itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ‘3-4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA)’ yang disenarai sebagai dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan negeri Datuk Khairul Anuar Abdul Halim mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 38B akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh yang diwakili peguam Ramkarpal Singh dan RSN Rayer, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari dua tahun.

Ketika prosiding kes, Khairul Anuar memohon mahkamah menetapkan wang jaminan RM5,000 terhadap Naidu, namun Ramkarpal memohon wang jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya memberikan kerjasama sejak hari pertama ditahan polis.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh serahan dokumen.

Media sebelum ini melaporkan, ADUN dari Perak ditahan di sebuah kelab malam di Perai ketika serbuan polis kira-kira jam 9 malam pada 13 Januari lalu dan ujian air kencing dilakukan mendapati beliau positif dadah.

Dalam serbuan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman itu, keseluruhan 48 individu ditahan dengan 36 berkait dadah, manakala 12 lagi kesalahan jenayah.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Benarkan ganja perubatan, kata bekas Ketua Hakim Negara
June 24, 2022
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok