SPR hadkan Presiden, Timbalan sebagai ‘poster boy’, Ismail Sabri hanya Naib Presiden UMNO

April 19, 2022 · Politik

UMNO mengumumkan minggu lalu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ mereka yang juga calon Perdana Menteri (PM) selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU-15)  nanti.

Bagaimanapun, UMNO tidak membuat ulangkaji secara terperinci atau mungkin secara sengaja cuba menipu Ismail Sabri untuk memujuknya supaya membubarkan Parlimen lebih awal bagi memberi laluan PRU-15 diadakan secepat mungkin.

Untuk rekod, Ismail Sabri hanya salah seorang Naib Presiden daripada tiga Naib Presiden UMNO, sementara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula adalah Presiden dan Datuk Seri Mohamad Hasan pula adalah Timbalannya.

Mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini, mana-mana parti politik yang bertanding hanya dibenarkan menggunakan gambar pemimpin utamanya, iaitu Presiden dan Timbalan Presiden.

Garis panduan tersebut juga digunakan semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ia merupakan syarat baharu yang diperkenalkan sepanjang tempoh berkempen.

Memetik laporan media pada 3 Mei 2018 sebelum PRU-14 lalu, mantan Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah semasa mengumumkan peraturan tersebut menggariskan:

Hanya gambar calon, presiden dan timbalan presiden atau setarafnya daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), PKR dan PAS dibenarkan digunakan sebagai bahan kempen sepanjang PRU-14.

Di peringkat negeri pula, selain gambar presiden dan timbalan presiden, gambar Ketua Menteri, Menteri Besar, pengerusi badan perhubungan negeri, calon serta simbol parti politik hanya dibenarkan dalam bahan kempen.

“Kenapa orang pertikaikan gambar tokoh tertentu dipotong atau digunting sedangkan mereka (pembangkang) telah bersetuju menggunakan simbol PKR pada PRU-14.

“Jadi bagi SPR, PKR yang bertanding. Pada PRU-14, parti Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo PKR, jadi hanya gambar presiden dan timbalan presiden PKR sahaja boleh dipaparkan, dan bukannya gambar Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya merupakan pengerusi PH,” katanya dipetik laporan media waktu itu.

Semasa PRU-14 lalu, timbul pertikaian susulan gambar pemimpin Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilarang penggunaannya dalam poster kempen PRU-14 waktu itu.

link berita :

SPR Larang Guna Gambar Pemimpin Utama Parti, Hadkan Kepada Presiden dan Timbalan

Hanya gambar calon, presiden, timbalan presiden parti dibenarkan dalam bahan kempen

Bagaimanapun, UMNO mengabaikan peraturan yang mereka sendiri tambah pada 2018 apabila sebaliknya mengumumkan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ mereka.

Jika mengikut peraturan SPR ini, dua pemimpin yang berada dalam hierarki tertinggi UMNO dibenarkan sebagai ‘poster boy’ hanya Zahid dan Mohamad, bukannya Ismail Sabri.

Melainkan, SPR menerima arahan terbaharu membatalkan syarat tambahan yang diperkenalkan mereka sendiri pada PRU-14 lalu untuk membolehkan UMNO menggunakan gambar Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ mereka.

Atau UMNO boleh memberi janji awal kepada Ismail Sabri tetapi kemudiaannya menukar keputusan dengan menggunakan poster gambar Zahid dan Mohamad pada PRU-15 nanti, segala kemungkinan boleh berlaku.

Sementara itu, seorang penganalisis politik, James Chin yang merupakan Profesor pengajian Asia di Universiti Tasmania berkata pencalonan Ismail Sabri itu bukan jaminan jawatan PM akan diserahkan kepadanya selepas PRU-15.

“Saya tidak fikir Ismail Sabri akan menjadi perdana menteri selepas pilihan raya, melainkan dia bersetuju untuk mengalah dengan apa yang Najib (Datuk Seri Najib Razak) dan Zahid… apa yang semua kluster mahkamah mahu,” katanya dipetik laporan media.

Chin berkata Ismail Sabri akan terpaksa tunduk kepada kehendak ‘Kluster Mahkamah’, merujuk kepada Zahid dan Najib jika mahu menjadi PM selepas PRU-15.

“Jika dia (Ismail Sabri) bersama mereka, maka mereka mungkin mempertimbangkannya, tetapi sangat tidak mungkin,” tambah Chin.

Chin juga menegaskan bahawa janji-janji politik, tidak semestinya ditunaikan dengan mengambil contoh janji bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan kuasa kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM sebelum ini.

Kesimpulannya, janji untuk meletak Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ juga boleh ditukar atas alasan tidak mahu melanggar peraturan SPR dan tidak mustahil juga janji untuk menyerahkan jawatan PM juga boleh dimungkiri selepas PRU-15 nanti.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan PH-BN jangan sombong, rakyat mahu keluar wang KWSP
February 20, 2023
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok