Peniaga maut, isteri parah kereta dirempuh MPV penyeludup ketum

April 18, 2022 · Isu semasa

Seorang lelaki maut selepas kereta dinaiki bersama isterinya dirempuh penyeludup yang membawa 500 kilogram (kg) ketum di Jalan Kampung Padang Gelanggang, Ayer Hitam, kira-kira 20 kilometer dari Alor Setar, awal pagi tadi

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, pemandu Proton Iswara, Ahmad Sofberi Sharif, 38, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya, Hananie Hassim, 28, parah di kepala dan kaki.

Penyeludup lelaki berusia 29 tahun berasal dari Felcra Lubuk Sireh di Padang Besar, Perlis yang memandu Nissan Grand Livina turut parah pada badan, kepala dan kaki.

Untuk rekod, penyeludup ketum dalam kalangan penduduk tempatan memandu kenderaan mereka dengan kelajuan tinggi walaupun di jalan sempit untuk mengelak ditahan pihak berkuasa.

Daun ketum yang ditanam di Kedah dikatakan mendapat permintaan tinggi di Thailand berikutan kualitinya yang baik.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata siasatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sarat muatan ketum terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar ke Kangar, Perlis.

Katanya, pemandu kereta Proton Iswara dan isterinya baru selesai berniaga dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Pida 8, Sanglang.

“Setiba di lokasi, MPV terbabit disyaki cuba memotong lori sebelum memasuki laluan bertentangan menyebabkan kenderaan itu bertembung kereta Proton Iswara dinaiki mangsa dan isterinya.

“Akibat pelanggaran, mangsa dan isterinya tersepit di dalam kenderaan menyebabkan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan mereka,” katanya seperti dilapor BH.

Rodzi berkata, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya dan pemandu MPV dihantar ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan lanjut.

“Kita percaya pemandu MPV berkenaan terbabit dalam kegiatan penyeludupan daun ketum dan berkemungkinan baharu mengambil bekalan untuk diseludup ke negara jiran.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan dan kita berharap orang ramai yang melihat kejadian dapat tampil membantu siasatan yang setakat ini dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Analisis Kuantitatif dalam Forex: Kaedah Lanjutan untuk Ramalan Pasaran
February 27, 2024· Rencana
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
11 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok