Rakam gambar kenderaan asing isi RON95, lapor kepada KPDNHEP

April 6, 2022 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggalakkan orang ramai merakam gambar kenderaan asing mengisi petrol bersubsidi RON95 di Johor untuk diambil tindakan segera

Pengarah KPDNHEP Johor Mohd Hairul Anuar Bohro berkata bukti bergambar adalah antara langkah mengekang penyelewengan itu yang melibatkan warga Singapura yang bertindak mengisi petrol RON95 berserta butiran lengkap lokasi stesen minyak, tarikh dan masa kejadian.

“Ambillah gambar, kita tak ada masalah tetapi sertakan sekali bukti yang jelas. Kami komited untuk membanteras kesalahan tersebut kerana petrol RON95 adalah hak warganegara dan KPDNHEP Johor akan pastikan hak pengguna di negeri ini dilindungi,” katanya sambil menambah aduan boleh disalurkan melalui laman https://eaduan.kpdnhep.gov.my atau aplikasi WhatsApp 019-2794317.

Menurutnya tindakan undang-undang hanya boleh dikenakan ke atas pengusaha stesen minyak dan bukan kepada individu warganegara asing yang mengisi petrol bersubsidi RON95 melibatkan kenderaan mereka yang berpendaftaran asing.

Justeru, katanya pengusaha stesen minyak di negeri ini perlu bertindak proaktif dalam mencegah kenderaan berpendaftaran asing daripada mengisi petrol bersubsidi, lapor Bernama.

“Tindakan hanya kepada pemilik stesen minyak atau pengusaha stesen minyak dan bukan kepada pemilik kenderaan, sebab itu pengusaha kena pastikan ia tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan di sebuah stesen minyak di Jalan Skudai, di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan dengan jelas kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini ketika mereka mahu mendapatkan lesen perniagaan.

Menurutnya, larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Okt 2020 bagi memastikan subsidi petrol yang diberikan hanya untuk rakyat Malaysia namun, kenderaan bernombor pendaftaran negara asing dibenarkan membeli petrol RON97 tanpa had dengan syarat dimasukkan terus ke tangki kenderaan.

Katanya setakat ini, seramai 200 anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor ditempatkan di beberapa stesen minyak bagi memantau serta membuat pemeriksaan selain sebanyak tujuh aduan diterima berhubung kesalahan itu dan tiga daripadanya sedang disiasat.

Baru-baru ini, tular gambar memaparkan kenderaan bernombor pendaftaran asing mengisi petrol ke tangki kenderaan menggunakan nozel kuning yang disyaki RON95.

Pada Ahad lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata kementerian telah mengarahkan semua KPDNHEP negeri yang bersempadan dengan Singapura dan Thailand supaya mempergiat pemantauan dan pemeriksaan serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974).

Akta itu memperuntuk penalti tidak melebihi RM1 juta atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali terhadap individu manakala perbadanan atau syarikat berdepan denda tidak melebihi RM2 juta.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
19 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok