Hukuman mati warga Malaysia dikekalkan Mahkamah Rayuan Singapura

March 29, 2022 · Isu semasa

Rayuan seorang warga Malaysia, Nagaenthran K Dharmalingam berhubung hukuman mati yang dijatuhi terhadapnya sebelum ini ditolak Mahkamah Rayuan Singapura hari ini.

Menurut laporan media AFP, keputusan penolakan rayuan tersebut diputuskan Ketua Hakim Singapura Sundaresh Menon dengan menyifatkan ia sebagai penyalahgunaan proses mahkamah, malah permohonan untuk menangguhkan prosiding bagi penilaian psikiatri juga turut ditolak.

Dalam pada itu, mahkamah juga turut memutuskan bahawa undang-undang antarabangsa tidak terpakai dalam kes banduan bilik akhir warga Malaysia itu.

Peguamnya, Nagaentran M Ravi berkata anak guamnya itu mungkin akan dihukum gantung dalam beberapa hari akan datang.

“Nagaenthran, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental, akan dihukum gantung, mungkin dalam beberapa hari akan datang,” katanya hantaran Facebook hari ini.

Nagaenthran, 33, dijatuhkan hukuman mati sejak lebih sedekad lalu atas kesalahan mengedar 42.72 gram heroin ke Singapura, negara Asia Tenggara yang terkenal dengan beberapa undang-undang paling ketat dunia bersabit dadah haram.

Kesnya itu menarik perhatian antarabangsa termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekumpulan pakar PBB dan jutawan British Richard Branson yang menggesa Singapura meringankan hukuman mati itu.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Singapura sudah menangguhkan pelaksanaan hukuman Dharmalingam tahun lalu tanpa memutuskan keputusan terhadap rayuannya selepas dia disahkan positif Covid-19 sehari sebelum dia dihukum gantung.

Bekas peguamnya, M Ravi dan aktivis berkata, intelek Dharmalingam berada pada tahap yang ditakrifkan sebagai kecacatan mental hingga dia mempunyai gangguan lain yang menjejaskannya membuat keputusan dan kawalan refleksnya.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
4 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok