Solat jemaah tanpa penjarakan, solat tarawih dibenar mulai 1 April: JAWI

March 17, 2022 · Isu semasa

Solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal dan solat sunat tarawih dibenarkan di semua surau serta masjid di Wilayah Persekutuan berkuat kuasa 1 April ini, selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik, demikian menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perkara itu antara enam ketetapan baharu yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Shah, selain berdasarkan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti di masjid dan surau, menurut laporan Bernama.

Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan hari ini berkata jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika hadir untuk menunaikan ibadah di masjid dan surau.

Manakala kehadiran ke masjid dan surau dibenarkan tanpa had umur kepada yang telah menerima vaksinasi Covid-19.

“Masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan solat sunat tarawih 20 rakaat pada bulan Ramadan. Manakala Qiamullail dibenarkan diadakan mulai tengah malam,” katanya.

Sementara itu majlis berbuka puasa, moreh dan sahur juga dibenarkan di masjid serta surau, dan makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus, manakala aktiviti tadarus al-Quran di masjid dan surau dibenarkan pada mana-mana waktu bersesuaian dalam bentuk kumpulan kecil.

“Semua kebenaran itu adalah tertakluk kepada SOP yang ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semoga lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan terus bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera dibendung serta negara Malaysia sentiasa mendapat perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok