Pengundi Johor wajar nilai pelan luar biasa PN, Muhyiddin pulihkan negara

March 3, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) telah merangka Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang komprehensif dan jelas, sehinggakan ke hari ini pelan tersebut menjadi seperti pembimbing untuk pentadbiran negara yang sekarang ini diketuai Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah, prestasi PN di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi kerajaan sebelum ini telah menunjukkan komitmen yang baik serta tadbir urus berkesan bagi membantu bukan sahaja rakyat Malaysia, malah orang asing.

Ketika mengulas perkara itu, Ketua Bersatu Bahagian Maran Datuk Jasri Jamaludin berkata Muhyiddin berjaya mengemudi Malaysia sepanjang pandemik Covid-19, melalui pelbagai usaha dan perancangan luar biasa, teliti dan amat memberi impak yang positif kepada rakyat.

“PN adalah gabungan politik Bersatu, PAS dan Gerakan jelas disenangi rakyat sewaktu pemerintahannya. Jelas, tiada berlaku gerakan politik yang mementingkan diri sendiri, tiada retorik, tiada kronisme, tiada janji kosong, tiada kehilangan wang negara dan tiada sikap taksub terhadap Barat.

“Pendekatan PN terhadap semua dasarnya ialah mendahulukan rakyat dan ini ternyata telah memberi manfaat yang besar pada semua dan negara ini.

“PN telah merangka pelan pemulihan negara yang komprehensif dan jelas di mana sehingga hari ini, pelan tersebut menjadi seperti pembimbing untuk pentadbiran negara yang sekarang ini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, pengundi, terutama bangsa Johor, sewajarnya menilai prestasi terbaik itu dengan memberi sokongan kepada PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Mac ini, bagi membentuk kerajaan negeri, katanya.

Menurut Jasri, Muhyiddin umpama pengurus dasar yang tidak boleh dicari ganti dan sehingga hari ini, beliau terus menerajui Malaysia dalam mengharungi cabaran landskap pasca Covid-19 dalam kapasitinya sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

“Jasa-jasa PN terbukti, antaranya penghapusan hutang RM8.3 bilion untuk peneroka Felda yang mana secara drastik telah mengurangkan beban pembayaran balik hutang mereka sebanyak 80 peratus.

“Keazaman politik Muhyiddin yang kuat dan luar biasa telah membolehkan hutang peneroka Felda dihapuskan walaupun pada ketika pandemik itu, negara memerlukan dana yang banyak untuk menampung dan membantu rakyat yang amat begitu terkesan dek Covid-19.

“PN begitu memahami kesukaran peneroka Felda dan penderitaan yang mereka alami. Mereka memerlukan bantuan segera. Nyata, pelupusan hutang Felda ini yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan sebelum PN, telah mengurangkan bebanan mereka.

“Sebagai tambahan kepada pemansuhan hutang, kerajaan Muhyiddin juga telah meluluskan terbitan sukuk sebanyak RM9.9 bilion yang dijamin kerajaan untuk membiayai penambahbaikan kepada model perniagaan Felda,” katanya.

Jasri berkata, hampir separuh daripada kawasan di Johor terdiri daripada penempatan rancangan Felda dan kerajaan PN telah berjaya meringankan kira-kira RM20,000 hutang setiap peneroka melalui pelupusan hutang Felda yang dilaksanakan.

“Oleh itu, pengundi di Johor pasti dapat memberi pengiktirafan kepada PN yang amat mengutamakan kebajikan rakyat secara realiti, tidak hanya omong-omong kosong seperti parti-parti lawan.

“Mungkin kelemahan Muhyiddin dan PN terletak dalam cara mereka memasarkan atau mempromosikan diri sendiri. Namun, dari segi tadbir urus negara yang baik dan dasar, mahupun dalam etika atau integriti, ternyata PN amat cemerlang,” katanya.

Menurutnya, Muhyiddin dan PN juga sentiasa berpegang teguh kepada prinsip utama memerangi rasuah dan apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa.

“Pengundi di Johor mesti mendukung prinsip ini. Mereka mesti berpegang teguh kepada prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam memerangi rasuah dan apa jua bentuk penyalahgunaan kuasa dengan mengundi calon yang betul-betul berintegriti dan tidak rasuah,” katanya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
MB Selangor sahkan nama dalam syarikat didakwa dapat tender rundingan terus: Laporan
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok