E-rokok tidak buang ketagihan

February 24, 2022 · Isu semasa

Kebanyakkan  kita hidup dalam persekitaran yang dipenuhi dengan perokok. Sama ada saudara terdekat, rakan sebaya, majikan, rakan sekerja mahupun orang asing yang tidak dikenali.

Biarpun risiko penggunaan tembakau ke atas kesihatan sudah diketahui umum, usaha mempromosikan hidup bebas rokok masih tidak begitu berkesan.

Kajian pernah menunjukkan 90 peratus tabiat merokok oleh perokok dewasa bermula sejak muda lagi. Hampir setiap hari, dianggarkan sekurang-kurangnya 4,400 kanak-kanak menjadi perokok tegar apabila mereka dewasa.

Jadi pelbagai cara atau kaedah dicipta untuk membantu perokok tegar termasuk rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali sebagai vape atau e-Cigarette. Pada awal kemunculan e-rokok, ramai beranggapan kaedah ini membantu mengikis tabiat merokok.

Sejak akhir-akhir ini, e-rokok yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan perokok.

Pelbagai spekulasi timbul apabila rokok versi digital ini semakin mendapat sambutan. Jika dahulu perokok seolah-olah berbangga ketika menghisap sebatang rokok, kini ramai yang merasakan mereka berada di kelas tersendiri apabila menghisap e-rokok.

Tahukah anda, e-rokok juga mengandungi cecair nikotin yang membawa padah kepada pengguna kerana bahan itu meningkatkan ketagihan merokok.

Dalam pada itu, sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna menunjukkan e-rokok juga mampu merosakkan paru-paru mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru. Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit.

Sehingga kini, e-rokok yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu masih belum disahkan lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya. Kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum dijual.

Menurut Pakar Perubatan dan Pernafasan, Dr. Daniel Lee Keat Chye, kebanyakan pengguna menganggap e-rokok selamat dan merupakan alternatif bagi mereka yang ingin mengurangkan ketagihan merokok.

“Sebenarnya belum ada kajian e-rokok yang ada di pasaran ini selamat atau tidak. Wujudnya salah faham apabila mereka menganggap asap e-rokok terhasil daripada cecair biasa dan tidak mengandungi nikotin.

“Hakikatnya, kesihatan anda tetap terjejas dan berisiko sekiranya anda masih menghisap e-rokok yang mengandungi nikotin.

Lebih membimbangkan, sukatan nikotin yang terdapat di dalam e-rokok tidak diketahui,” ujarnya.

Tambah Dr. Daniel, nikotin meningkatkan kadar denyutan nadi dan pengaliran hormon ‘adrenalin’ serta melembapkan sistem urat saraf.

“Nikotin boleh bertindak terus ke atas otak dengan memberi kesan rangsangan. Rangsangan ini diperkukuhkan pula oleh pelbagai faktor pendorong yang boleh bersifat positif dan negatif,” ujarnya.

Contohnya, perokok akan merokok dengan lebih kerap apabila berada di tempat-tempat hiburan di mana keseronokan berada di situ bertindak sebagai faktor pendorong positif. Perokok juga akan merokok dengan lebih kerap apabila berasa bosan atau mengalami perasaan tertekan – faktor pendorong yang negatif.

Selain penggantungan psikologi dan fizikal akibat nikotin, perokok juga terperangkap dengan kongkongan tabiat yang cukup payah untuk dilepaskan.

Selain itu, nikotin juga mengakibatkan denyutan nadi yang luar biasa, penyempitan saluran nadi, peningkatan tekanan darah, serangan jantung, angin ahmar dan ulser perut dan usus.

“Secara keseluruhannya, anda akan mengalami kesan kesihatan sama seperti rokok biasa. Bezanya, e-rokok tidak mengandungi bahan-bahan kimia lain seperti tar, karbon monoksida dan irritants sehingga menyebabkan kanser paru-paru.

“Pun begitu, pengguna e-rokok harus ingat mereka berisiko terdedah dengan penyakit lain yang disebabkan oleh nikotin,” ujarnya.

Selain risiko kesihatan, Dr. Daniel memberitahu, trend e-rokok akan membawa satu budaya negatif kerana orang ramai beranggapan mereka masih boleh merokok dengan kaedah selamat.

Golongan remaja pula akan menganggap e-rokok satu gaya baru dan mereka akan meniru tanpa mengetahui risiko yang sebenar.

Dr. Daniel memberitahu, cara terbaik untuk mengurangkan ketagihan merokok adalah berhenti merokok melalui putaran tingkah laku merokok.

Ketagihan masih berlaku walaupun orang ramai menggantikan rokok biasa dengan e-rokok kerana nikotin boleh menyebabkan mereka ketagihan.

Dengan menggunakan teknik yang betul, kita boleh membantu perokok berhenti. Untuk memberikan motivasi kepada mereka, penekanan haruslah diberikan kepada perbincangan tentang faedah-faedah yang bakal dinikmati apabila berhenti merokok.

Fakta tentang risiko penyakit dibincangkan juga secara terperinci terutamanya kepada perokok yang sudah pun mengalami kesan – kesan penyakit berkaitan merokok

“Perokok boleh memilih untuk berhenti merokok dengan menggunakan kekuatan azam semata-mata atau dengan bantuan rawatan gantian nikotin (RGN),” ujarnya.

RGN dapat membantu perokok mengharungi proses berhenti merokok. Produk yang terdapat di pasaran antaranya gam nikotin, penampal nikotin dan alat penyedut (inhaler) nikotin .

Produk RGN berfungsi dengan menghasilkan jumlah nikotin secara terkawal untuk membantu mengatasi ketagihan dan gejala tarikan nikotin.

Berita berkaitan
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok