5 remaja pukul pelajar ditangkap

April 16, 2021 · Isu semasa

Polis Johor Bahru Selatan hari ini menahan lima remaja lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dipukul di depan sebuah sekolah di Taman Daya, di sini Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain dalam satu kenyataan malam ini berkata, mereka yang ditahan berusia 15 hingga 17 tahun selepas mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Anggota Balai Polis Setia Indah menerima satu laporan daripada seorang pelajar lelaki India memaklumkan telah dipukul lima lelaki India yang tidak dikenali ketika di hadapan sebuah sekolah di Taman Daya, Johor Bahru.

“Kejadian berlaku kerana rasa tidak puas hati di mana suspek beranggapan pengadu telah mengejek adik saudara kepada suspek,” katanya.

Berikutan itu, katanya, suspek bersama empat rakannya telah menyerang dan memukul pengadu beberapa kali di bahagian muka.

Mohd Padzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan ugutan jenayah.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok