Suami isteri terjun Jambatan Pulau Pinang

April 16, 2021 · Isu semasa

Seorang lelaki terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas melihat isterinya yang dipercayai mengalami kemurungan bertindak lebih awal, sambil disaksikan anak mereka.

Kejadian kira-kira jam 4.35 petang itu mengejutkan orang ramai yang melalui laluan berkenaan, setelah melihat seorang kanak-kanak berseorangan di atas jambatan.

Wanita berusia 45 tahun itu dikatakan terjun dari jambatan, sebelum suaminya bertindak sama untuk menyelamatkannya yang terkapai-kapai dibawa arus.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.40 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke lokasi.

“Ketika bomba tiba, seorang wanita terjun ke laut dari Jambatan Pulau Pinang. Mangsa kemudian diselamatkan dan dibawa oleh suaminya ke tiang jambatan nombor 107 sebelum jentera bomba tiba,” katanya.

Katanya, bomba menggunakan kaedah ‘rappelling’ untuk turun dan memujuk serta menenangkan mangsa sebelum dibawa menggunakan bot ke Pangkalan Polis Marin Batu Uban.

Suami isteri yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang dibawa dengan bot ke Pangkalan Polis Marin Batu Uban. – Gambar FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang

Berita berkaitan
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Dakwaan jambatan kedua Pulau Pinang retak palsu
October 29, 2023· Isu semasa
Kes rasuah terowong: Saksi beritahu RM2 juta diberi kepada Guan Eng dan Najib
October 23, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok