Pengundi muda penentu, UMNO mahu peratusan pengundi rendah untuk menang PRN Johor

January 29, 2022 · Politik

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bakal menyaksikan buat kali pertama pengundi muda 18 tahun yang didaftarkan secara automatik akan menunaikan tanggungjawab mereka.

Johor menyaksikan pertambahan jumlah pengundi baharu yang signifikan iaitu sebanyak 30 peratus atau 749,731 pengundi hasil pelaksanaan Undi 18 baru-baru ini, ia senario yang berbeza semasa PRN Melaka lalu.

Semasa PRN Melaka lalu, Undi 18 belum berkuatkuasa dan pelaksanaannya di Johor bakal mengubah corak dan pola pengundi di sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu, jumlah peningkatan pengundi baharu di Johor juga signifikan, ia menjadikan jumlah keseluruhan pengundi di Johor ialah 2.5 juta berbanding 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Malah, setiap kawasan mengundi di Johor turut mengalami peningkatan pengundi sebanyak 40 peratus sehingga 60 peratus.

Menurut Felo penyelidik ILHAM Centre, Profesor Madya Dr. Hamidin Abd Hamid berkata mana-mana parti yang bertanding khususnya UMNO tidak boleh menjadi PRN Melaka sebagai kayu pengukur untuk mengulangi kemenangan besar di Johor.

Hamidi menjelaskan pengundi muda berbeza dengan pengundi tradisional yang menjadi teras kekuatan UMNO sebelum ini, sebaliknya mereka mahu memilih parti politik yang benar-benar boleh membawa aspirasi mereka, sekali gus diterjemahkan pada hari pengundian.

“Parti politik perlu mempunyai strategi yang jelas dalam menarik minat golongan muda bukan sahaja untuk pergi mengundi, malah mengundi untuk mereka. Ini memerlukan strategi yang bijak oleh parti politik itu sendiri.

“PRN di Johor ini akan menjadi penanda aras bagaimana peranan atau pengaruh golongan pengundi baharu ini terhadap keputusan pilihan raya,” katanya dipetik laporan portal SatuBerita.

Jelas Hamidin, PRN Johor bakal menjadi refleksi kepada situasi dan lanskap PRU-15 kelak.

Hamidin menambah, parti-parti politik perlu mengambil inisiatif dan strategi yang bijak dan mesra terhadap setiap golongan pengundi, khususnya golongan muda ekoran jumlah pengundi dalam golongan itu yang agak besar.

“Ia akan mengikut kehendak kepada golongan yang besar, pengundi muda contohnya, mungkin cara mendekati mereka adalah menerusi media sosial dan bahasa yang digunakan juga perlu berbeza berbanding dengan cara sebelum ini.

Justeru katanya, tiada parti politik yang boleh merasa terlampau yakin untuk memenangi pilihan raya berkenaan atas faktor undi 18 kerana ia disifatkan masih terbuka untuk dimenangi oleh pihak yang berjaya menambat hati golongan pengundi muda.

Dalam perkembangan lain, UMNO didakwa yakin senario sama berlaku pada PRN Melaka di Johor, memperoleh kemenangan besar majoriti dua pertiga dengan peratusan keluar mengundi yang rendah.

Seperti di Melaka dimana peratusan mengundi bawah 65 peratus, UMNO juga beranggapan situasi sama akan berulang di Johor dan mereka akan memperoleh kemenangan besar yang sama.

Perkara itu dijelaskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat yang menyifatkan langkah membubar DUN dibuat UMNO secara tergesa-gesa kerana mahu mensasarkan peratusan keluar pengundi yang rendah.

Suhaizan berkata UMNO berpandangan pengundi pastinya takut untuk keluar mengundi kerana faktor Covid-19 yang masih menular, ia termasuk peningkatan kes baharu yang semakin meningkat setiap hari walaupun sebelum tempoh berkempen PRN Johor bermula.

“UMNO juga tahu jika PRN diadakan dalam situasi semasa, peratusan penduduk keluar mengundi di bawah 65 peratus akan memanfaatkan mereka.

“Apa yang berlaku di Johor hari ini memang sudah dirancang oleh UMNO melalui Timbalan Presidennya, Datuk Mohamad Hassan yang menyatakan parti itu akan menang besar sekiranya peratusan keluar mengundi rendah.

“Itu memang hajat UMNO dan kini mereka mahu merealisasikannya, sementara negeri Johor dan rakyatnya menjadi mangsa keadaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan statistik undi PRN Melaka, UMNO dan Barisan Nasional (BN) hanya meraih 38.39% (122,741) undi popular manakala Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing meraih 35.65% (113,968 undi) dan 24.47% (78,220 undi).

Walaupun tidak memperoleh undi popular yang tinggi, UMNO dan BN masih berjaya menang besar PRN Melaka atas faktor peratusan keluar mengundi yang rendah.

Di Johor, UMNO juga yakin situasi sama akan berulang dan dijangka prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sekali lagi dilaksanakan dan ia bakal memberi kelebihan kepada mereka untuk menang besar.

Suhaizan berkata, apa yang dilakukan itu merupakan satu tindakan tidak bermoral kerana pelbagai agenda yang memanfaatkan rakyat tertangguh akibat pembubaran DUN.

Sebelum ini, Mohamad dilaporkan berkata, pihaknya tidak menafikan kemenangan kemenangan besar UMNO dalam PRN Melaka lalu kerana berjaya memanfaatkan situasi semasa dan peratusan keluar mengundi yang rendah.

PRN Johor mendapat tentangan banyak pihak yang menganggap bakal diadakan dalam keadaan yang tidak sesuai kerana negeri ini masih dibelenggu Covid-19 selain baru pulih daripada banjir.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
Allah pilih saya urus situasi paling sukar rakyat, negara: Muhyiddin
October 31, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok