SKMM sudah minta FB, Twitter, YouTube buang iklan judi raya

April 16, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah meminta Facebook, Twitter dan YouTube menurunkan iklan raya yang mempromosi perjudian dalam talian yang tular sejak seminggu lalu.

Jabatan Komunikasi Korporat SKMM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menyedari promosi itu mula berlegar di laman sosial sejak 12 Mac lalu dan telah mengenakan sekatan secara laluan pantas.

“Kegiatan judi dan promosi judi dalam talian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut SKMM sejak 12 Mac lalu mengoperasikan tindakan sekatan secara laluan pantas dengan mengupayakan pihak PDRM mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet menyekat akses ke atas laman sesawang yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah akta yang sama.

“Susulan penyiaran iklan yang didapati mengajak umat Islam di negara ini untuk berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang tular di media sosial ketika ini…

“SKMM telah berkomunikasi dengan pihak penyedia platform media seperti Facebook, Twitter, dan YouTube untuk menurunkan kandungan berkenaan mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti yang ditetapkan oleh pihak mereka, yang berpangkalan di luar negara,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama SKMM mengingatkan pihak produksi dan pelakon supaya lebih peka untuk tidak turut terbabit mempromosi judi dalam talian kerana ia adalah satu kesalahan.

“Penghasilan kandungan adalah tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia untuk dipatuhi oleh mereka yang terlibat dengan penghasilan dan pengedaran kandungan,” kata SKMM.

Awal hari ini, Agenda Daily melaporkan syarikat perjudian kini semakin berani dengan menerbit dan menyiarkan iklan judi ketika Ramadan dan ditampilkan dengan lagu sempena Aidilfitri.

Iklan itu mengajak umat Islam yang mahu pulang ke kampung bagi menyambut hari raya mendapatkan khidmat perjudian mereka bagi meraih wang berganda.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk menyiasat asal usul klip video mempromosi judi atas talian itu.

“Siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat di dalam video ini. Mereka akan dikesan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan GDBET333 cabar undang-undang, kemuliaan Ramadan

Berita berkaitan
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sekat media kritik kerajaan, Sanusi kata tindakan bacul
October 21, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok