Najib yang memalukan Malaysia kata hutang negara cecah RM1 trilion

January 28, 2022 · Isu semasa

Bekas Presiden UMNO Najib Razak yang memalukan negara berhubung kes SRC International Sdn Bhd (SRC) berkata Malaysia kini mencatat hutang langsung mencecah RM1 trilion.

Menurut bekas Perdana Menteri (PM) yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta berkaitan kes RM42 juta dana SRC itu, hutang berkenaan naik RM316 bilion atau 46 peratus pada 2017 kepada RM1 trilion.

“Secara rasmi, hutang langsung kerajaan telah cecah RM1 trilion hari ini. Naik RM316 bilion (46%) dari RM686.8 billion pada tahun 2017 sebelum PRU14 ke RM1,002.9 bilion,” kata Najib yang berdepan banyak lagi tuduhan melakukan jenayah ketika menjadi PM melibatkan berbilion-bilion ringgit, dalam Facebooknya hari ini.

Pada 8 Disember 2021 lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan penasihat Barisan Nasional (BN) yang dijatuhi hukuman penjara dan denda itu, sambil panel tiga hakim menyifatkan tindakan Najib bukan demi kepentingan negara, sebaliknya memalukan negara.

Ketika menjadi PM – sebelum BN tumbang menerusi amalan sistem demokrasi 2018 – Najib juga adalah Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mencetuskan skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia sehingga memalukan Malaysia.

Kes-kes berprofil tinggi membabitkan bekas Presiden UMNO yang digelar penyamun oleh bekas PM dua kali Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sehingga kini masih dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Antara kes berkenaan ialah empat pertuduhan menggunakan kedudukannya (ketika menjadi PM) untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Dia yang juga Ahli Parlimen Pekan turut dituduh bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah, dengan enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.

Bekas Presiden UMNO itu yang berusia 69 tahun juga didakwa di mahkamah kerana menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Selain itu, Najib yang kini menjadi orang kanan kepada Presiden UMNO Zahid Hamidi juga diheret ke mahkamah kerana tidak membayar cukai berjumlah RM1.69 bilion bagi tempoh 2011 hingga 2017.

Mengulas lanjut Ahli Parlimen Pekan itu menuduh keadaan hutang negara sebanyak RM1 trilion itu adalah wawasan atau visi yang hendak dicapai oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Realitinya ialah masa saya PM, pertumbuhan ekonomi adalah laju dan defisit kerajaan telah turun 8 tahun berturut-turut sebelum ianya dinaikkan dengan laju selepas PRU14,” katanya yang pernah memohon ganjaran hadiah berupa sebidang tanah dan rumah daripada kerajaan bernilai RM100 juta selepas Bajet 2022 dibentangkan tahun lalu.

“GST dimansuh, Petronas dijarah, aset-aset negara yang memberi pulangan yang baik pula dijual secara lambak oleh mereka. Ekonomi lembab,” kata Najib lagi. April tahun lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendedahkan kerajaan dibelenggu hutang legasi tidak produktif berjumlah RM1 trilion dan perlu menyelesaikan hutang tersebut.

Ini termasuk, 15 peratus daripadanya dalam bentuk komitmen jaminan dan 1MDB yang ditinggalkan Najib.

Tengku Zafrul berkata, bayaran faedah syarikat 1MDB sahaja berjumlah RM1.7 bilion setahun, selain hutang prinsipal 1MDB berjumlah RM14.7 bilion yang akan matang pada 2022.

Bekas Presiden UMNO itu dalam satu wawancara dengan AlJazeera pada Oktober 2018 lalu juga pernah mendakwa tidak memeriksa dari mana sumber atau pemilik wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi
September 22, 2021
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pemanis tiruan berbahaya?
October 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok