Penjawat awam kena pisahkan media sosial untuk tugas, peribadi

September 22, 2021 · Isu semasa

Penjawat awam diingatkan supaya bijak dan faham perbezaan penggunaan media sosial ketika mereka bertugas dan kegunaan peribadi, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek.

Menurutnya penjawat awam hendaklah bertanggungjawab menggunakan media sosial bagi memastikan tugas mereka berjalan lancar, selain berhati-hati menggunakan bahasa ketika berkomunikasi.

“Kadang-kadang kita lupa bahawa sebaik sahaja menjadi penjawat awam, kita ini 24/7 (sepanjang masa) pegawai kerajaan. Bukan bermakna lepas waktu pejabat, ‘oh, saya pun macam orang biasa dah, saya boleh komen ikut saya suka.

“Tidak, sebenarnya selagi kita ini anggota perkhidmatan awam, selagi itu kita 24/7 memang anggota perkhidmatan awam. Jadi kita tidak boleh kata untuk personal account, makna ‘ini personal account saya, nothing to do with my official job and so on (tiada kaitan dengan tugas rasmi)‘, tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Bicara Eksklusif: ‘Kuasa Media Sosial Perangkap Atau Pemangkin’ secara langsung menerusi laman Facebook KKMM, hari ini.

Di samping itu, Mohammad juga mengingatkan penjawat awam bukanlah ahli politik dan perlu berpegang kepada dasar ‘government of the day’ (kerajaan yang memerintah) dengan melaksanakan dasar kerajaan semasa.

Dalam pada itu, beliau berkata situasi pandemik Covid-19 sekarang ini turut membawa bersama amalan baharu dalam kehidupan dan aktiviti masyarakat terhadap media sosial.

Beliau berkata, 86 peratus atau 28 juta daripada populasi Malaysia didapati menjadikan media sosial sebagai medan berkomunikasi.

“Statistik itu juga menunjukkan rakyat Malaysia antara yang paling aktif menggunakan media sosial dan bilangan pengguna meningkat sebanyak dua juta atau tujuh peratus dalam tempoh setahun dari 2020,” katanya.

Katanya, peningkatan penggunaan media sosial adalah berikutan keadaan semasa negara berdepan pandemik Covid-19 yang menyebabkan masyarakat hanya duduk di rumah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Penggunaan Internet sekarang semakin meningkat semenjak kita berhadapan dengan PKP,” katanya sambil menasihatkan masyarakat perlu bijak menilai sesuatu maklumat yang diterima sebelum disebarkan kepada orang lain.

Berita berkaitan
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023· Politik
Polis tahan lelaki buat ugutan terhadap Menteri Pendidikan
November 4, 2023· Politik
Dua lelaki ditahan berhubung kenyataan kritik PM dalam media sosial
October 28, 2023· Isu semasa
Akan ada latihan pengundi BN untuk mengundi PH dalam dua PRK: Zahid
August 27, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
7 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
7 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok