Zahid pilih beri keterangan secara bersumpah dari kandang saksi

January 24, 2022 · Isu semasa

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diperintah membela diri atas 47 pertuduhan rasuah dan jenayah yang dihadapinya, memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Zahid membuat pilihan itu setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan mengarahkannya membela diri terhadap 12 pertuduhan pecah amanah (CBT), lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika Barisan Nasional (BN) memerintah itu mempunyai tiga pilihan sekiranya diarah membela diri.

Dia boleh memilih:

  • Memberi keterangan dari kandang orang bersalah, dan dia tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan;
  • Memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan dia tertakluk kepada soal siasat pihak pendakwa; atau
  • Berdiam diri di mahkamah.

Menurut aturan, dalam ketiga-tiga keadaan, jika Zahid dibela oleh peguam, peguam bela akan membimbingnya dalam menjawab soalan atau mengambil keputusan berdiam diri.

Hakim akan mendengar hujah pendakwa dan peguam bela sebelum membuat keputusan sama ada tertuduh harus dijatuhi hukuman atau dibebaskan.

Sekiranya bukti terhadap tertuduh kurang jelas dan kurang meyakinkan, tertuduh mesti dibebaskan.

Pada masa sama hakim boleh melarang media massa, peguam bela dan pihak pendakwaan daripada menyentuh sesuatu hal atau menyebarkan sebarang maklumat.

Tindakan, kata-kata dan keputusan hakim ketika mendengar kes tidak boleh menyebabkan hakim didakwa.

Bagaimanapun, Presiden UMNO itu memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi, sekali gus dia tertakluk kepada soal siasat pihak pendakwa.

Terdahulu, Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan itu.

Sequerah dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas membuat penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan.

Untuk rekod, prima facie adalah keterangan yang berhubung dengan fakta yang diterima mahkamah sebagai bukti kesalahan tertuduh.

Berita berkaitan

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok