Penyokong Zahid berkumpul di mahkamah

January 24, 2022 · Isu semasa

Puluhan penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mula berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta hari ini, bagi mengikuti keputusan kes Presiden UMNO yang menghadapi 47 pertuduhan berkaitan jutaan ringgit wang Yayasan Akalbudi (YAB).

Mereka tiba seawal jam 8 pagi tadi bagaimanapun tidak dibenar masuk setelah pihak berkuasa menutup pagar utama.

Turut serta berada di kompleks mahkamah itu ialah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, serta beberapa pemimpin lain.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah akan membuat keputusan pagi ini sama ada akan memerintahkan Zahid membela diri terhadap pertuduhan itu, atau membebas dan melepaskannya.

Zahid, 68, mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan pecah amahan (CBT), lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan kes itu bermula sejak 18 November 2019 dengan pendakwaan memanggil 99 saksi, sementara penghujahan kes bermula 6 September 2021 dan berakhir setelah 24 hari.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran sementara pasukan pembelaan Zahid diketuai peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hampir 7.6 juta dos vaksin sudah diberi
June 29, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok