Pengundi pembangkang dijangka boikot PRN Johor, protes MOU dengan kerajaan

January 23, 2022 · Politik

Blok pembangkang dijangka tewas teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor, mengulangi senario sama berlaku di Melaka dan Sarawak memandangkan pengundi mereka tidak akan keluar membuang undi, kata penganalisis politik.

Penganalisis politik meramalkan pengundi pembangkang akan memboikot PRN Johor kerana tidak berpuas hati dengan langkah bodoh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan kerajaan dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tahun lepas.

Menurut penganalisis, senario sama akan berulang di Melaka apabila peratusan pengundi yang keluar sangat rendah dan ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk meraih kemenangan dengan majoriti yang besar sekali lagi.

“Bagi Pakatan Harapan (PH), selepas menandatangani MoU (dengan kerajaan persekutuan), gabungan itu berdepan defisit kepercayaan dalam kalangan penyokong.

“Ramai daripada mereka mungkin akan memilih untuk tidak keluar mengundi, seperti yang terjadi pada PRN Melaka dan Sarawak,” kata Oi Ei Sun, penganalisis politik daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

Semasa PRN Melaka, Pakatan Harapan tewas teruk yang menyaksikan PKR tewas di kesemua 11 kerusi ditandinginya walaupun diperuntukkan paling banyak kerusi daripada rakan sekutunya dari Amanah yang menang satu kerusi sementara DAP empat kerusi.

Kesilapan paling besar dilakukan adalah apabila Anwar bertindak membuat keputusan membuta tuli apabila meletak dua bekas calon UMNO bagi bertanding atas tiket PKR dalam PRN Melaka.

Terdahulu pada Sabtu, Menteri Besar (MB) Datuk Hasni Mohammad petang tadi mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar petang dan mendapat perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan PRN diadakan.

Baginda menandatangani watikah pembubaran DUN, menurut kenyataan dalam laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut kenyataan itu, pada pertemuan berkenaan Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN.

Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta’zim termansuh pada 22 Januari 2022.

Johor memiliki 56 kerusi DUN dengan agihan terkininya adalah UMNO dan DAP masing-masing 14 kerusi, Bersatu (11), MIC (dua), PAS (satu), sementara AMANAH (enam) dan PKR (tujuh).

Kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Negeri diperintah PAS berdepan sekatan, birokrasi Putrajaya : Hadi
May 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok