Pemimpin DAP keluar parti sah sertai Warisan, sokong Shafie jadi PM

January 23, 2022 · Politik

Beberapa pemimpin DAP yang mengumumkan keluar parti baru-baru ini mengesahkan penyertaan mereka bersama parti Warisan yang dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal.

Pemimpin DAP tersebut juga secara terbuka menyatakan sokongan kepada Shafie sebagai calon Perdana Menteri (PM), ia sekaligus menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berangan-angan cuba untuk menjadi PM dalam pilihan raya umum depan.

Mereka yang mengesahkan penyertaan Warisan adalah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Selangor, Bryan Lai Wai Chong; bekas Ahli Parlimen Jelutong, Pulau Pinang, Jeff Ooi Chuan Aun dan bekas ADUN Batu Lanchang, Datuk Danny Law Heng Kiang.

Turut dilihat hadir dalam majlis berkenaan ialah bekas Ahli Jawatankuasa Kerja MIC, Sunther Subramaniam dan bekas ADUN Kukup, Johor, Suhaimi Salleh.

Kelima-lima mereka mengumumkan telah menyertai Warisan secara rasmi.

Bryan berkata, beliau memutuskan menyertai Warisan pada Jumaat selepas berbincang dengan Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong.

“Pasukan saya di Ampang Selangor kata, kalau saya tidak masuk Warisan macam mana mahu guna logo Warisan jadi, saya putuskan menyertai Warisan.

“Warisan adalah satu-satunya parti berbilang kaum yang sebenar dan ia diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal yang merupakan seorang berfikiran terbuka dan kita perlu kepimpinan sebegini untuk menerajui negara.

“Kami akan bekerja keras untuk memastikan Shafie menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Semua pemimpin DAP tersebut menghadiri majlis makan malam Warisan di Kota Kinabalu semalam.

Turut bersama dalam majlis tersebut Presiden Warisan, Shafie; Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking dan Naib-naib Presiden Warisan, Junz Wong dan Datuk Jaujan Sambakong.

Bryan meninggalkan DAP pada April tahun lalu dan kekal sebagai ADUN Bebas.

Sementara itu, Danny yang meninggalkan DAP selepas berada dalam DAP selama 35 tahun turut memutuskan menyertai Warisan.

Tindakan itu menjawab segala persoalan mengenai hala tuju politiknya selepas beliau mengumumkan keluar daripada DAP pada 18 Januari lalu.

Danny Law adalah ADUN Batu Lanchang dari 1999 hingga 2004 dan dipilih semula pada 2008 serta mengekalkan jawatan itu sehingga 2018 dan beliau digugurkan sebagai calon pada pilihan raya 2018.

Sementara itu, Jeff berkata, beliau bersama Danny telah menyediakan strategi politik untuk Warisan di Pulau Pinang dalam usaha mengukuhkan keahlian parti berkenaan di sana.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Calon PKR Sg Buloh yang juga bekas bendahari agung MIC pernah ada kes mahkamah
November 3, 2022
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok