Undi18: Lebih empat juta belia 18 tahun didaftar secara automatik

January 21, 2022 · Isu semasa

Lebih empat juta individu dewasa berusia 18 tahun telah didaftarkan secara automatik sebagai pengundi pada 16 Januari lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, pendaftaran automatik sebagai pengundi itu dilaksanakan menerusi pindaan Perlembagaan pada tahun 2019.

“Pada 16 Januari lalu, pendaftaran automatik pengundi 18 tahun sudah dimuktamadkan. Lebih empat juta anak muda berusia 18 tahun didaftarkan secara automatik.

“Kerajaan sentiasa menghargai peranan anak muda dan bermula tahun ini, anak muda yang berusia 18 tahun akan dapat mengundi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung MAYC, di Kota Bharu, hari ini.

Pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas diwartakan dan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Pindaan Perlembagaan yang diwartakan pada 25 November lalu itu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menetapkan tarikh 15 Disember sebagai tarikh mula berkuat kuasa.

Sebelum ini, cadangan pindaan itu sudah diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019, namun tidak dilaksanakan.

Pada 3 September 2021, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan selewat-lewatnya 31 Disember ini.

Pelbagai perhimpunan di bawah gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Undi18, diadakan sejak tahun 2016 yang menuntut agar hak kira-kira 1.2 juta pengundi belia tidak dinafikan.

Berita berkaitan
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
DUN Jepak kekal milik calon GPS
November 4, 2023· Politik
SPR tetapkan 2 Disember bagi PRK Kemaman, anggaran kos RM3.5 juta
October 17, 2023· Politik
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok