PRN Melaka dan Sarawak boleh, kenapa Johor tak boleh?

January 17, 2022 · Politik

Dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini sudah berjalan dengan baik dan tidak ada alasan ia tidak boleh diadakan di Johor pula selepas ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Kanan Pertahanan itu memberi isyarat berkemungkinan PRN Johor boleh diadakan dalam masa terdekat jika mengambilkira situasi terkini penularan Covid-19.

Namun, keputusan mengadakan proses tersebut perlu dibuat berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan dan situasi semasa penularan Covid-19.

Beliau berkata, sekiranya diadakan, prosedur operasi standard (SOP) Sarawak dan Melaka dijadikan sebagai panduan serta rujukan bagi memastikan proses tersebut berjalan lancar.

“Kita mesti dapatkan pandangan daripada Kementerian Kesihatan. Orang Johor mesti tanya apa bezanya PRN Johor kalau Melaka dan Sarawak boleh?

“Kita akan bawa dan mesyuarat (kuartet) bersama kepimpinan Johor. Apa pun tunggu keputusan.Jangan kita takut-takutkan orang ramai,” katanya dalam sidang media.

Media sebelum ini melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi ketika ini.

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi menerusi 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 27 di blok pembangkang dan dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka November lalu memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus meyakinkan UMNO untuk menghadapi PRN Johor.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok