Kerugian akibat banjir cecah RM6.5 bilion

January 17, 2022 · Isu semasa

Penilaian impak disebabkan banjir yang berlaku di 50 daerah di Malaysia pada bulan lepas (Disember) menganggarkan kerugian yang dialami adalah antara RM5.3 bilion hingga RM6.5 bilion, demikian menurut dapatan awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata daripada jumlah itu, kerugian melibatkan aset awam dan infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan adalah yang tertinggi iaitu RM2 bilion, menurut laporan Bernama.

Kerugian lain meliputi kerosakan tempat kediaman antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion; kenderaan RM1 bilion hingga RM1.3 bilion; pembuatan (RM800 juta hingga RM1 bilion); premis perniagaan (RM500 juta hingga RM600 juta); dan pertanian (RM40.9 juta hingga RM49.9 juta).

“Ini anggaran, saya minta DOSM untuk memurnikan angka-angka ini. Ini adalah tugas perangkaan iaitu buat anggaran, maka dari segi bantuan kami cuba sesuaikan dengan jumlah kehilangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan pelaksanaan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/ BA) 2022 di sini hari ini.

Mengenai HIES/ BA 2022 itu, Mustapa berkata survei berkenaan dilaksanakan secara temu ramah bersemuka melibatkan kira-kira 93,000 isi rumah atau 500,000 penduduk di seluruh negara, bermula pada Januari hingga Disember nanti.

Antara objektif survei adalah untuk mengkaji dan menyediakan maklumat pola pendapatan dan perbelanjaan isi rumah; menyediakan statistik kemiskinan terutamanya kadar kemiskinan sehingga ke peringkat daerah pentadbiran, katanya.

“Ia membantu kerajaan merancang dan memantau keberkesanan pelaksanaan rancangan pembangunan negara khususnya bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin yang turut hadir berkata dapatan survei HIES/BA 2022 itu akan menjadi penanda aras baharu bagi kerajaan menggubal polisi dan dasar yang berkaitan untuk kesejahteraan rakyat.

Dapatan juga akan menjadi input yang akan digunakan kerajaan untuk menilai pencapaian Rancangan Malaysia Ke-12, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, dan Agenda 2030 Pembangunan Mampan (SDGs) yang menekankan pembangunan negara secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif, katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Rasuah RM2 juta: Zahid sebut peranan Najib ‘arah lulus’ projek visa
May 26, 2022
Wisma Jakel terbakar lagi: Bomba siasat disengajakan atau bara api
January 3, 2023
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
24 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
24 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok