Saifuddin kekal bersama Bersatu, tak ikut sertai parti baharu

January 15, 2022 · Politik

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata beliau akan terus kekal bersama parti itu dan tidak mengikut jejak langkah beberapa ahli politik bekas anggota PKR menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menteri Luar itu berkata ia adalah “hak masing-masing untuk menubuhkan parti” walaupun menaruh harapan agar “teman-teman dan kenalan daripada PKR dahulu” terus bersama beliau dalam Bersatu, menurut laporan Bernama.

“Saya dukacita kerana Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sangat akomodatif kepada teman-teman yang meninggalkan PKR. Jadi pada saya, budi baik Presiden dan juga layanan oleh pimpinan Bersatu kepada kami yang keluar PKR sangat dihargai.

“Saya agak terkilan kerana sepatutnya kita sama-sama membalas budi baik Presiden dengan memperkuatkan lagi parti Bersatu namun hak mereka untuk menubuhkan parti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Reflisia Timur Berhad di dewan KRT Cenderawasih di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa ahli politik yang keluar daripada PKR menyertai PBM antaranya Ahli Parlimen Julau Larry Sng dan bekas pemimpin PKR Zakaria Abdul Hamid, yang kemudian menyertai Bersatu.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok