Pemuda UMNO dakwa ramai mahu pengeluaran KWSP, terus desak PM

January 14, 2022 · Isu semasa

Pemuda UMNO terus membuat desakan terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Terbaharu, Pemuda UMNO mendakwa kajian yang dijalankan mereka mendapati majoriti orang ramai menyokong supaya kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara “one off” sekali lagi dan enggan menghiraukan alasan yang diberikan oleh Ismail Sabri untuk tidak membenarkan pengeluaran tabung simpanan pesara swasta itu.

Menurut seorang Exco Pemuda UMNO, Azril Rizal Yusof Mohd Sarit, hasil kajian secara maya melibatkan 21,763 orang itu akan dihantar kepada Ismail Sabri supaya bersetuju untuk membenarkan pengeluaran KWSP itu dengan segera.

“Kita bukan buat secara rawak. Dapat sampel akan buat mesyuarat kumpulan bersama Biro Penyelidik Pemuda Umno,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn.

Azril berkata, kajian awam itu juga menunjukkan sebanyak 18,777 orang Melayu mahukan i-Citra dan selebihnya Bumiputera Sabah dan Sarawak, Cina, India dan lain-lain.

Katanya, dapatan itu turut menunjukkan golongan berumur bawah 50 tahun memerlukan i-Citra, dengan seramai 10,698 membabitkan mereka yang berumur antara 35 hingga 44 tahun menyokong pengeluaran i-Citra.

“Bagi umur 25 hingga 34 pula seramai 5,455 sokongan i-Citra dan umur 45-54 seramai 5,150 sokong,” katanya ketika memaklumkan hasil kajian selama sebulan dari 11 Jan hingga 12 Feb lalu.

Beliau berkata, antara alasan yang dinyatakan untuk menyokong pengeluaran i-Citra adalah kelangsungan diri dan keluarga, terkesan dengan banjir, membaiki rumah rosak banjir, pembayaran hutang semasa tertunggak ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) serta membeli buku sekolah anak.

Katanya, hasil kajian itu juga akan dibawa kepada Majlis Tertinggi UMNO.

Sebelum ini, Ismail Sabri menegaskan kecaman dan desakan individu tertentu berhubung isu pengeluaran i-Citra KWSP tidak akan memberi kesan kepadanya dalam meneruskan usaha membantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

Ismail Sabri tidak menamakan individu mendesaknya berhubung isu pengeluaran KWSP, namun diketahui umum Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta bekas PM, Datuk Seri Najib Razak lantang membangkitkan isu KWSP tersebut.

“… yang tidak berpuas hati, mengecam akan terus berasa begitu di media sosial. Masing-masing ada tugas masing-masing.

“Saya harap kita semua tidak terkesan dengan serangan yang dibuat kerana kita menjalankan tanggungjawab… biarkan.. dan (ini) tidak akan menyekat saya daripada terus bekerja,” kata Ismail Sabri sebelum ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hampir 7.6 juta dos vaksin sudah diberi
June 29, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok