Empat lelaki sebat pengawal peribadi direman 5 dan 7 hari

April 15, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Klang hari ini mengeluarkan perintah reman terhadap empat individu, termasuk seorang pengawal peribadi, bagi membantu siasatan kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa.

Memetik laporan Bernama, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Solehah Noratikah Ismail hari ini selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan semua suspek berusia 38 hingga 46 tahun tersebut.

Tiga daripada suspek yang adalah pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit direman lima hari, manakala pengawal peribadi itu direman tujuh hari, bermula hari ini.

Semalam, pihak polis menahan empat individu, yang disyaki terlibat memukul dua pengawal peribadi dengan rotan kerana berpuasa.

Dua daripada empat lelaki yang direman bagi membantu siasatan memukul pengawal peribadi kerana berpuasa dan menghina agama Islam dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Klang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komosioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada 4.16 petang semalam di Balai Polis Klang, berkaitan kejadian dua lelaki tersebut yang dipukul secara bergilir di bahagian belakang badan menggunakan rotan oleh majikan dan seorang lagi pekerja.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku ketika lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa,” katanya.

Shamsul Amar berkata, majikan lelaki tersebut juga telah mengambil sepucuk pistol yang berada di pinggang seorang daripada dua lelaki tersebut (mangsa) dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) mendatangkan kecederaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina Islam.

Semalam, media melaporkan dalam kejadian di rumah majikan tersebut, kedua-dua mereka diugut akan diberhentikan kerja kerana berpuasa, malah majikan tersebut juga menghamburkan kata-kata kesat terhadap mereka berdua.

Dalam laporan polis yang dibuat, mangsa melaporkan majikannya menghina agama Islam dengan kata-kata “Saya sudah cakap jangan puasa, siapa yang bayar gaji u, saya ke atau u punya Allah”.

Kedua-dua mereka kemudiaan ditampar dan ditarik rambut oleh majikannya dengan mengugut mereka supaya tidak membuat laporan polis.

“U orang mau complain saya ke, itu IGP (Ketua Polis Negara) saya pegang,” menurut laporan polis yang dibuat kedua-dua mangsa itu lagi.

Identiti majikan Cina pukul pengawal peribadi berpuasa tular

Dua pengawal peribadi dipukul, diugut majikan hanya kerana berpuasa

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
DAP yakin pengundi Cina sokong calon UMNO di Pelangai: Loke
October 5, 2023· Politik
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
September 25, 2023· Isu semasa
Sukar ramal sokongan pengundi Cina kepada PN di Pulai, kata Zulkifli
August 31, 2023· Politik
Popular
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
Azam Baki sahkan Rohana sudah pulangkan AS$10 juta
March 24, 2023
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok