Identiti majikan Cina pukul pengawal peribadi berpuasa tular

Identiti majikan pukul dua pengawal peribadi hanya kerana berpuasa.

Identiti seorang majikan Cina yang memukul dua pengawal peribadi sehingga lebam di badan hanya kerana berpuasa tular di media sosial dan gambarnya juga didedahkan kepada umum atas platform Facebook.

Terdahulu, Polis Klang Selatan mengesahkan sudah menerima laporan polis berhubung kes dua pengawal peribadi yang dipukul secara bergilir menggunakan sebatang rotan dan diugut dengan senjata api hanya kerana berpuasa.

Majikan berbangsa Cina berusia 43 tahun juga mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam hanya kerana kedua-dua pengawal peribadi tersebut sedang berpuasa.

Menurut polis, seramai empat individu ditahan disyaki terlibat dalam kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Semua mereka akan direman di Mahkamah Klang pada 15 Apri 2021 (Khamis) bagi membantu siasatan kes.

Pihak polis tidak menamakan majikan yang didakwa menjadi dalang memukul dua pengawal peribadi tersebut dan menunggu sehingga mereka semua direman terlebih dahulu.

Sementara itu, gambar majikan berbangsa Cina tersebut sudah tular di media sosial apabila seorang pengguna akaun Facebook Tok Singa Fans mendedahkan wajah suspek dipercayai majikan kepada kedua-dua pengawal peribadi tersebut.

Tok Singa juga mendedahkan nama individu tersebut yang bernama Chung Chee Yang.

Semakan dalam laman bursamalaysia.com, majikan tersebut merupakan bekas pemegang syer sebuah syarikat tersenarai dalam Bursa yang dikenali sebagai Xinghe Holdings Berhad sebelum ditukar namanya kepada MAG Holdings Berhad pada 2021.

Majikan bernama Chung tersebut melupuskan pegangan syer biasanya menerusi pasaran luar pada 2 Oktober 2019 sebanyak 7,800,000 dan tidak lagi menjadi pemegang syer dalam MAG Holdings Berhad yang sudah ditukar nama.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan penahanan suspek tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

”Mengikut fakta kes, semasa pengadu (mangsa) bersama kawannya bernama (Azminizam) berada kondominium itu, majikannya bernama Chung yang merupakan suspek telah bertanyakan kepada mangsa dan rakannya adakah mereka berdua berpuasa pada hari ini.

“Setelah pengadu memberitahu berpuasa, suspek telah memarahi pengadu dan telah menampar kepalanya sebelum pengadu bersama rakan sekerjanya mengikut suspek ke rumahnya di Batu Nilam, Klang Selangor,” katanya dipetik portal MalaysiaGazette.

Kedua-dua mangsa tersebut bekerja dengan majikannya dibawah sebuah syarikat GMP Kaisar Sekuriti Sdn Bhd, dimana kedua-dua mereka dilantik sebagai pengawal peribadi kepada suspek itu.

Mangsa telah bekerja selama tiga tahun bersama suspek manakala rakannya sejak tujuh tahun lalu.

Insiden tersebut bermula di rumah rakan majikan tersebut di One KL Kondominium Complex, Kuala Lumpur dan ia berlarutan sehingga di rumah majikan tersebut yang menetap di Bukit Tinggi.

Kejadian di rumah rakan majikan tersebut tidak berakhir disitu sahaja, mereka kemudiaan dibelasah dengan teruk menggunakan rotan sehingga berbirat dibelakang badan.

Dalam laporan tersebut juga menyebut tindakan majikan tersebut mengacukan sepucuk pistol kepada salah seorang rakan pengawal peribadi yang juga mangsa dengan kata-kata ugutan yang mengancam keselamatan diri dan keluarga mangsa.