Risiko beli sekarang, bayar kemudian

August 22, 2022 · Isu semasa

Sejajar dengan perkembangan pasaran e-dagang, skim berkonsepkan ‘beli sekarang bayar kemudian’ atau BNPL yang ditawarkan oleh penjual-penjual produk semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ramai yang gembira dengan pilihan ini kerana pengguna tidak perlu menabung untuk tempoh seketika sehinggalah mempunyai wang yang cukup untuk membuat pembelian secara tunai.

Kaedah pembelian beli sekarang dan bayar kemudian juga lebih mudah diakses berbanding membuat permohonan kad kredit yang memerlukan pelbagai birokrasi.

Ada juga sebilangan produk yang tidak mengenakan sebarang faedah tambahan terhadap barangan yang dibeli. Pengguna hanya perlu membuat ansuran mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Bagi penjual, kebarangkalian untuk prospek pelanggan untuk membeli produk yang dijual lebih tinggi kerana pelanggan boleh menangguhkan pembayaran.

Namun demikian, ada risiko yang perlu dibimbangkan. Program beli sekarang, bayar kemudian rata-ratanya tidak melakukan sebarang penilaian berkenaan latar belakang pelanggan mereka sekali gus merisikokan hutang mereka.

Penggunaan program beli sekarang, bayar kemudian juga tidak dilaporkan  dalam penyata rekod kredit seseorang sekali gus meningkatkan lagi risiko terhadap permohonan pinjaman yang dibuat pengguna kelak terhadap institusi-institusi kewangan. Pengguna juga berisiko untuk dikenakan bayaran denda yang tinggi jika gagal membayar pada tempoh masa yang ditetapkan.

Setakat ini, terdapat lebih 10 syarikat yang menawarkan perkhidmatan BNPL antaranya Atome, Hoolah, PayLater, PayLater Grab, SPayLater Shopee dan Split.

Kebanyakannya menawarkan bayaran ansuran antara tiga hingga enam bulan, dengan mengenakan caj pada kadar tertentu jika terlambat melunaskan bayaran.

Dalam pada itu, penggubalanAkta Kredit Pengguna (CCA) tidak menjejaskan pasaran e-dagang sebaliknya mengelakkan pengguna dieksploitasi syarikat menawarkan perkhidmatan berkonsepkan BNPL.

Ini kerana menerusi BNPL, pengguna boleh membeli produk atau perkhidmatan serta-merta melalui bayaran secara ansuran tanpa menyedari adanya caj tersembunyi yang dikenakan.

Pengguna terutama golongan belia tertarik dengan BNPL kerana ia menawarkan bayaran tanpa faedah, tidak perlu memeriksa rekod kredit individu dan boleh membayar secara ansuran.

BNPL juga boleh mendorong sesetengah pengguna bersikap boros sehingga akhirnya terpaksa menanggung beban hutang yang banyak, malah berisiko muflis.

Pensyarah ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata,  dalam konteks ini,  BNPL perlu dikawal selia melalui penggubalan CCA.

“BNPL perlu dikawal selia kerana ada kemungkinan banyak terma atau syarat tersorok dalam perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna berdepan hutang yang banyak jika terlampau taksub membeli tanpa merujuk kepada syarat-syarat yang dikenakan.

“Malah, hutang individu dalam kalangan rakyat Malaysia juga tinggi ketika ini, sebab itu Bank Negara sedang mengumpul data mengenai BNPL bagi mengelakkan lebih ramai yang terjejas dari segi kewangan,” ujarnya.

Sementara itu, laporan di Amerika Syarikat menyatakan bahawa golongan muda antara yang paling menggemari sistem pembelian sebegini. Kaedah pembayaran ansuran jangka masa pendek telah meningkat 215 peratus.

Nilai transaksi barangan yang menggunakan kaedah beli sekarang, bayar kemudian juga meningkat dari $9.5 bilion pada 2019 kepada $19 bilion pada 2020.

Pun begitu, bagi pengguna, skim beli sekarang, bayar kemudian merupakan satu kemudahan yang perlu digunakan secara berhemah dan bijak. Bagi peniaga, ia mungkin satu kaedah berkesan bagi melariskan produk mereka.

Namun jika tidak dikawal selia dengan baik, kaedah pembayaran beli sekarang, bayar kemudian mungkin bakal mengundang masalah di kemudian hari.

Berita berkaitan
Ringgit dibuka rendah, tak mustahil cecah RM4.70 berbanding dolar
May 26, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Banyak kes bankrap berpunca daripada pinjaman peribadi
May 24, 2023· Isu semasa
Kesan kenaikan OPR bakal menghimpit kos sara hidup rakyat: Penganalisis
May 8, 2023· Isu semasa
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman idea tidak masuk akal
March 15, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok