Ritual tolak banjir: Jabatan agama siasat ‘Raja Bomoh’, Puteri Zaleha

January 6, 2022 · Isu semasa

Susulan tular klip video menunjukkan ‘Raja Bomoh’ melakukan ritual kononnya untuk menolak banjir semalam, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan memanggil Ibrahim Mat Zin, untuk disoal siasat.

Dalam klip video yang tular di media sosial semalam, ‘Raja Bomoh’ itu dikatakan mengadakan upacara menolak banjir di Dataran Pengairan dan Saliran Teluk Intan.

Sehubungan itu, JAIPk membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.

Pengarah JAIPK Datuk Mohd Yusop Husin berkata selain ‘Raja Bomoh’, pihaknya akan memanggil individu lain yang terlibat dalam kejadian berkenaan bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan perkara seumpama ini dan menjauhi amalan yang menjurus kepada khurafat,” katanya dipetik daripada laporan Bernama.

Video berdurasi selama 25 minit itu tular di laman media sosial yang menunjukkan Ibrahim bersama seorang wanita melakukan ritual tepung tawar menggunakan bahan termasuk beras, kunyit, bunga-bungaan dan daun yang kemudian dihanyutkan ke dalam laut.

Dalam rakaman itu, wanita yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ turut menyanyikan lagu ‘Mayang Sari’ dengan meletakkan kitab suci al-Quran serta pelbagai bahan lain di hadapan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.20 petang semalam.

“Polis telah merujuk kepada JAIPk untuk tindakan jabatan berkenaan dan saya difahamkan siasatan akan dijalankan oleh mereka,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok