Jika tiada hutang 1MDB, banyak kerajaan boleh bantu mangsa banjir: MP PKR

January 4, 2022 · Politik

Banyak yang boleh kerajaan bantu mangsa bencana banjir sekarang jika tiada hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang perlu ditanggung sekarang ini, kata Ahli Parlimen (MP) PKR Hassan Abdul Karim.

MP Pasir Gudang itu menyifatkan hutang yang dicipta semasa era kerajaan Datuk Seri Najib Razak mengakibatkan kewangan kerajaan kini semakin lemah, namun UMNO menerusi Najib dan Ketua Pemudanya, Datuk Asraf Wajdi Dusuki kini cuba merosakkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Jika tidak ada skandal 1MDB negara akan ada wang untuk bantu rakyat akibat bencana banjir seperti yang berlaku sekarang.

“Adakah pemimpin UMNO sedar dan insaf hakikat itu?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hassan juga membidas UMNO yang mahu merosakkan KWSP seperti dilakukan Najib sebelum ini yang “hampir memusnahkan” Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) kakitangan awam apabila RM4 bilion lesap selepas dipinjamkan kepada 1MDB.

Ujarnya, pemimpin-pemimpin UMNO kini hendak menghancurkan pula wang simpanan persaraan pekerja swasta dalam KWSP.

“Pemimpin Melayu jenis apa pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini?

“Daripada Presiden UMNO hingga ke Ketua Pemudanya mahu memperjudikan wang pencen pekerja swasta dalam KWSP kononnya atas alasan hendak bantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir.

“Adakah pemimpin UMNO sudah bangkrap idea?” katanya lagi.

Difahamkan Hassan merujuk gesaan UMNO agar kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 wang pencarum menerusi i-Citra, lebih-lebih pada musim banjir.

Pinjaman RM4 bilion dimaksudkan Hassan merujuk kepada jumlah dana KWAP dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC) – bekas anak syarikat 1MDB – membabitkan Najib, sekitar 2011 hingga 2012, yang didakwa bekas Perdana Menteri (PM) itu untuk tujuan pelaburan.

Mahkamah mendapati Najib selaku PM ketika itu mempunyai kepentingan peribadi dalam Kabinet apabila meluluskan jaminan kerajaan sebanyak RM4 bilion daripada KWAP kepada SRC.

Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC, dan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan setelah gagal di peringkat Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023· Isu semasa
Popular
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok