Najib ‘jadong’ desak kerajaan benar keluar i-Citra RM10,000: Laporan

January 4, 2022 · Isu semasa

Desakan dan kempen pengeluaran one-off RM10,000 skim i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), khususnya oleh UMNO, menerima kecaman daripada ahli ekonomi, yang menganggap pencarum terpaksa bekerja lebih lama daripada tempoh persaraan.

Malah, ada penganalisis ekonomi yang memetik perkataan ‘jadong’ – ungkapan pemikir Syed Hussein Alatas yang bermaksud jahat, bodoh dan sombong – ketika mengulas kempen bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berhubung pengeluaran one-off itu.

Penganalisis dan ahli ekonomi mengecam kempen dan desakan pengeluaran itu susulan amaran KWSP bahawa rata-rata pencarum tidak mempunyai simpanan yang cukup bagi menghadapi usia tua, lapor MalaysiaNow.

Malah, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz baru-baru ini menyatakan pengeluaran KWSP bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi rakyat, kerana ia bakal membebankan generasi masa depan.

MalaysiaNow melaporkan penganalisis ekonomi, Muhammed Abdul Khalid sebagai berkata situasi tersebut sudahpun dijangka memandangkan sebelum ini sudah ada pakar-pakar ekonomi yang memberikan amaran untuk tidak mengeluarkan wang KWSP bagi menangani kesan Covid-19.

“Jangan benarkan pengeluaran duit simpanan hari tua milik rakyat untuk membantu mereka yang terkesan dengan krisis.

“Ini bukan penyelesaian. Ini menambahkan masalah di masa hadapan,” katanya kepada portal sambil menyelar gesaan Najib itu sebagai “jadong”, memetik ungkapan pemikir Syed Hussein Alatas yang bermaksud jahat, bodoh dan sombong.

Muhammed memberi amaran usaha sukar dihadapi KWSP dan pencarum untuk menaikkan semula jumlah simpanan mereka kelak.

“Polisi tidak bertanggungjawab ini mengakibatkan implikasi negatif jangka masa panjang,” katanya sambil menegaskan data KWSP menunjukkan satu daripada dua orang Melayu mempunyai simpanan yang amat sedikit, dan akan berada di bawah paras kemiskinan apabila bersara kelak.

“Yang miskin kelak adalah orang Melayu rakyat marhaen, bukannya pemimpin atasan yang berfikiran sempit,” katanya menjelaskan bantuan yang diperlukan haruslah datang dari kerajaan.

Seorang lagi ahli ekonomi yang dipetik portal itu, Ahmed Razman Abdul Latiff dari Universiti Putra Malaysia berkata, berdasarkan angka KWSP, seramai 6.1 juta atau 50 peratus ahli berumur kurang 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM10,000 apabila bersara.

“Jika ahli mengeluarkan wang sebanyak RM21,000 melalui i-Lestari (RM6,000), i-Sinar (RM10,000) dan i-Citra (RM5,000), mereka terpaksa bekerja empat hingga lima tahun lebih lama dari umur persaraan untuk menampung kembali wang yang dikeluarkan sebelum ini,

“Oleh itu, isu pencarum KWSP tidak mempunyai wang yang cukup untuk persaraan adalah amat serius dan ia akan menjadi lebih teruk setiap tahun apabila ramai ahli KWSP akan mula bersara,” katanya.

Portal itu juga memetik penganalisis ekonomi Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, yang menganggap wang simpanan persaraan dan simpanan untuk kecemasan perlu dibezakan.

“Keadaan bertambah buruk apabila ramai tiada simpanan untuk kegunaan kecemasan. Sepatutnya, dalam keadaan kecemasan seperti sekarang (banjir), kerajaan yang patut tangani seperti beri duit bantuan atau soft loan (pinjaman tanpa faedah) supaya wang persaraan tidak terjejas dan rakyat tidak akan berdepan krisis kewangan apabila bersara,” katanya.

Sementara mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri Ismail Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung bantuan tambahan kepada mangsa banjir sehingga mencecah RM61,000, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Afzanizam Abdul Rashid berkata pinjaman tanpa faedah yang diperkenalkan boleh meringankan beban mangsa banjir selain bantuan tunai yang lain.

“Selain kerajaan memfokuskan bantuan kewangan sahaja, pertingkatkan lagi usaha lain seperti kumpulkan mekanik-mekanik sukarela ini dan pusatkan usaha mereka (centralize their effort).

“Selain itu, kerajaan boleh bekerjasama dengan NGO untuk memberikan pertolongan secara terperinci, utamakan bantuan asas yang lebih bermakna,” katanya.

Tuntutan pengeluaran one-off i-Citra itu bukan sahaja dibuat Najib, sebaliknya disuarakan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah desakan hebat datang daripada Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki sehingga ke tahap memberi peringatan kepada Perdana Menteri berhubung pendirian Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkaitan pengeluaran simpanan itu.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
15 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok