Faizal mohon maaf, batalkan percutian di luar negara

December 27, 2021 · Isu semasa

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu membuat permohonan maaf kerana tidak berada di tanahair semasa bencana banjir besar melanda dan sudah membatalkan percutiannya bagi membantu rakyat yang terjejas.

Faizal berkata terpaksa membatalkan percutiannya sebelum arahan dikeluarkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang meminta semua Menteri Kabinetnya yang berada di luar negara pulang bagi menumpukan misi bantuan banjir kepada rakyat yang terjejas.

“Saya tahu saya penjawat awam, saya sedar kepentingan rakyat lebih didahulukan. Itu pengorbanan yang perlu dibuat.

“Saya minta maaf, saya mengaku ada banyak kelemahan. Walaupun saya Menteri dan tidak sempurna tetapi tidak sampai tahap mahu menyisihkan rakyat.

“Saya faham semua penderitaan kerana saya juga pernah berada dalam situasi sukar. Tiada kerja dan sebagainya,” katanya dipetik dalam Utusan TV hari ini.

Jelasnya lagi, beliau ke Dubai pada Rabu lalu untuk bertemu anak-anaknya dan membuat keputusan untuk pulang selepas tidak tenteram melihat keadaan banjir melanda negara.

“Memang saya ada mohon cuti dan bila diluluskan, saya ke Dubai pada hari Rabu lalu untuk bertemu anak-anak. Namun begitu, melihatkan kepada keadaan banjir yang melanda negara, hati saya jadi tak tenteram.

“Jadi, saya buat keputusan untuk beli tiket pulang hanya selepas kira-kira 12 jam berada di sana.

“Saya sempat duduk berbual seketika dengan anak-anak sebelum berlepas pulang pada pukul 8 pagi Khamis, sebelum arahan pulang dibuat Perdana Menteri,” katanya lagi.

Untuk rekod, Faizal kini sedang menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari luar negara.

Pada 24 Disember lalu, Ismail Sabri mengarahkan semua Menteri Kabinet diarahkan pulang segera ke tanahair dan membatalkan percutian mereka jika berada di luar negara.

Arahan tersebut diberikan supaya semua Menteri dalam pentadbirannya dapat membantu rakyat yang sedang berdepan bencana banjir besar melanda negara dan sudah mengakibatkan banyak kematian ketika ini.

“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik, balik segera.

“Supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya sebelum ini.

Gesaan Ismail Sabri itu tampil selepas kematian mangsa akibat banjir yang memusnahkan bandar-bandar utama di Lembah Klang dan negeri-negeri lain semakin meningkat.

Pemimpin politik sama ada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerima kecaman awam susulan kegagalan menggerakkan usaha pemindahan dan menyelamat di Selangor yang paling terjejas akibat banjir yang berlaku.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok