Annuar beri jaminan ketelusan dalam DNB, kertas kerja akan dibentang

December 18, 2021 · Isu semasa

Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kewangan akan membentangkan kertas kerja Jemaah Menteri berhubung keputusan menggunakan rangkaian pemborong tunggal (SWN) bagi pelaksanaan 5G dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun berkata pihaknya sedang menunggu laporan terakhir hasil pertemuan dengan pembangkang di Dewan Rakyat semalam.

“Minggu ini kita akan edarkan kertas Jemaah Menteri kepada semua kementerian supaya dapat memberi respons dan pandangan sebelum dibawa kepada sidang Jemaah Menteri nanti.

“Ini jelas membuktikan kerajaan begitu telus dan terbuka dengan menjalankan sesi libat urus dengan semua pihak agar tidak timbul sebarang pertikaian atau kekeliruan,” katanya lapor Bernama.

Annuar terdahulu merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan.

Malaysia memilih model sistem rangkaian pemborong tunggal dengan menubuhkan sebuah syarikat milik penuh kerajaan bagi mengendali pembinaan prasarana sementara syarikat telco yang akan melaksanakan tindakan atau peranan untuk menjalankan perniagaan 5G runcit.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menerusi video di laman Facebook miliknya menyatakan bahawa Digital Nasional Bhd (DNB) boleh menjadi skandal lebih besar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan Yamani Hafez Musa dalam sidang di Dewan Rakyat pada 15 Dis lepas menyangkal dakwaan itu dan mengatakan bahawa DNB tidak sama dengan 1MDB.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
UMNO Ketereh lumpuh selepas ahli umum keluar parti, termasuk anak Annuar
August 4, 2023· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Penyakit berjangkit sedang ancam manusia!
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok