Kini, peguam Najib dakwa prosiding Zoom tak beri kelebihan

December 17, 2021 · Isu semasa

Peguam Datuk Seri Najib Razak memberi alasan keputusan Mahkamah Rayuan tidak menyebelahi mereka memandangkan ia dijalankan secara hibrid pada 7 Disember lalu semasa permohonan mengemukakan bukti baharu dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC) ditolak.

Untuk rekod, pasukan peguam Najib membuat permohonan pada saat akhir walhal mengetahui keputusan Najib akan diumumkan pada 8 Disember lalu, bagaimanapun mahkamah menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan hukuman terhadapnya.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, prosiding itu menyaksikan Timbalan Pendakwa Raya hadir secara fizikal di mahkamah, manakala peguam Najib perlu hadir melalui aplikasi Zoom.

Ini, katanya memberikan kelebihan kepada pihak pendakwaan berbanding pasukannya terutama ketika membentangkan kes mereka di mahkamah.

“Rakan-rakan saya dari pihak pendakwaan, mereka hadir di mahkamah, di mana mereka mempunyai kelebihan penuh. Mereka boleh dengar hakim dengan jelas, manakala kami hanya hadir melalui Zoom.

“Mereka mempunyai kelebihan, manakala kami berada dalam kekurangan,” kata Shafee.

Untuk rekod, Najib dan Shafee menerima teguran keras daripada panel tiga Hakim kerana tidak hadir pada 7 Disember dan kemuncak kemarahan apabila Najib dibidas sebagai seorang individu yang “memalukan negara” kerana terpalit dengan skandal besar itu.

Prosiding pada 7 Dis itu diadakan di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, yang mendengar permohonan Najib untuk memasukkan bukti baru dalam perbicaraan SRC.

Bagaimanapun, Najib dan Shafee tidak dapat menghadiri prosiding itu kerana mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit Covid-19.

Kedua-dua mereka memohon perbicaraan ditangguhkan, tetapi mahkamah menolak permohonan tersebut dan mengarahkan mereka hadir melalui persidangan video dalam talian.

Mahkamah rayuan kemudiannya membuat keputusan untuk menolak permohonan berkenaan.

Mahkamah yang sama pada keesokan harinya mengumumkan keputusannya dalam kes rayuan Najib, apabila mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan jenayah dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok