Interpol belum masukkan nama Jho Low dalam senarai notis merah: Acryl

December 12, 2021 · Isu semasa

Nama ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki kerajaan Malaysia bagi membantu siasatan jenayah melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum dimasukkan dalam senarai notis merah Polis Antarabangsa (Interpol).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang berkata tidak pasti mengapa Interpol masih belum meletak nama Jho Low dalam senarai dikehendaki walaupun sudah dipohon oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Saya pun kurang jelas kenapa namanya masih tidak disenaraikan. Untuk permohonan notis merah perlu memenuhi beberapa protokol yang dipatuhi.

“Yang ini mungkin membuatkan (penyenaraian) sedikit lewat,” katanya dipetik laporan media.

Acryl terdahulu menghadiri program sambutan 100 hari Kerajaan Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Polis dilaporkan pernah mengemukakan permohonan notis merah kepada Interpol melalui surat bertarikh 22 Disember tahun lalu, bagaimanapun ia ditolak.

Pada 29 Jun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya akan membuat permohonan semula.

Jho Low adalah individu utama dalam skandal 1MDB dan didakwa menjadi orang kepercayaan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan syarikat itu.

Selain itu, nama Jho Low juga beberapa kali naik dan dibangkitkan semasa perbicaraan yang berjalan melibatkan Najib. Untuk rekod, Najib berdepan puluhan pertuduhan melibatkan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan 1MDB.

Dalam pada itu, Acryl juga memaklumkan polis turut memohon seorang lagi ahli peniaga dalam buruan, Datuk Seri Nicky Liow untuk dimasukkan dalam senarai notis merah Interpol.

Liow disiasat untuk sejumlah kesalahan jenayah, termasuk jenayah terancang, pengubahan wang haram, Macau Scam dan jenayah komersial.

Lelaki berusia 33 tahun itu turut dipercayai terlibat dengan seorang ketua kongsi gelap sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, dikenali sebagai 14K, Wan Kuok Koi @ Broken Tooth Koi.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
1 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok