Kerajaan tidak tarik balik lesen jualan arak pada negeri

December 9, 2021 · Isu semasa

Kerajaan setakat ini tidak berhasrat untuk menarik balik sebarang kelulusan berkaitan perlesenan penjualan minuman keras, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malah, beliau turut menafikan tohmahan yang menuduhnya telah bertindak membatalkan perkara berkaitan aspek perlesenan tersebut, menurut laporan Bernama.

Jelas beliau, dasar sedia ada telah menggariskan bahawa penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu mempunyai lesen di bawah Akta Eksais 1976 dan sebarang perlesenan penjualannya perlu mendapat kelulusan Lembaga Pelesenan selaras dengan Seksyen 35, Akta Eksais 1976.

Aspek perlesenan penjualan minuman keras itu adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perlesenan yang dilantik oleh perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah yang diwartakan pada 1977, kata beliau.

“Sehubungan itu, dakwaan atau tohmahan bahawa Menteri Kewangan telah membatalkan perwakilan kuasa tersebut adalah tidak benar. Terdapat kekeliruan dalam pelaksanan dan penguatkuasaan lesen penjualan minuman keras ini di peringkat negeri.

“Saya ingin memberi jaminan sekali lagi bahawa perwakilan kuasa melalui perintah yang diwartakan pada 1977 masih kekal.

“Saya juga telah mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan kekeliruan ini tidak berulang dan perlesenan penjualan minuman keras kekal di bawah bidang kuasa Lembaga Perlesenan,” katanya pada sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tony Pua Kiam Wee (PH-Damansara) mengenai alasan Kementerian Kewangan tidak membatalkan secara langsung perintah perlesenan penjualan minum keras supaya tiada kuasa perlu diturunkan kepada kerajaan negeri.

Pada Selasa lepas, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi catatan di laman Facebook beliau, memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengarahkan JKDM untuk membatalkan dasar baharu perlesenan arak untuk restoran dan kedai kopi.

Menurut Tengku Zafrul, tindakan sewajarnya akan diambil bagi menyelesaikan perkara tersebut selewat-lewatnya menjelang hujung tahun ini, 31 Disember 2021.

“Oleh itu, sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya,” kata beliau.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Jelapang padi negara : Kedah ‘diarah’ jadi negeri miskin, dakwa Sanusi
May 21, 2023
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok