Bekas ADUN DAP diarah bela diri berhubung kes rogol amah

December 7, 2021 · Isu semasa

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tronoh, Paul Yong Choo Kiong diperintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya membela diri atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap bekas Exco kerajaan negeri bagi pertuduhan itu.

Choo Kiong, 51, mengaku tidak bersalah pada 23 Ogos 2019, atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Meru Desa pada 7 Julai 2019, antara 8.15 malam dan 9.15 malam.

Beliau ketika itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan kemungkinan sebatan jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan telah memanggil 23 saksi termasuk dua saksi yang dilindungi, untuk memberi keterangan ketika perbicaraan kes yang bermula pada 5 April lalu.

Peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir mewakili Choo Kiong manakala pendakwaan kes oleh Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rashdi, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
12 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok