Individu enggan divaksin ancam sistem kesihatan negara

December 5, 2021 · Isu semasa

Tahukah anda bukan sekadar ancam nyawa sendiri tetapi individu yang enggan divaksin atau belum menerima suntikan vaksin Covid-19 bakal membebankan sistem kesihatan negara ketika fasa endemik.

Ini kerana virus Covid-19 di dalam badan individu yang tidak dilindungi vaksin berisiko tinggi untuk bermutasi dan menghasilkan varian baharu sekali gus memberi ancaman terhadap orang lain yang lengkap vaksinasi.

Ini kerana individu yang tidak mendapat imuniti daripada vaksin Covid-19 akan membolehkan virus tersebut terus bereplikasi secara meluas di dalam tubuh mereka apabila dijangkiti.

Di samping kewujudan varian Omicron,  isu kelonggaran prosedur ada risiko dari segi mampukah kita memastikan sistem kesihatan awam ini terus terkawal seperti sekarang dan tidak mengalami bebanan yang tinggi pada masa akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini dilaporkan berkata, kerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid-19, tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar.

“Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang-undang Persekutuan iaitu mewajibkan di peringkat negara tetapi saya menggalakkan adalah undang-undang sektoral,” katanya.

Kenyataan Khairy itu dipercayai susulan kumpulan antivaksin kian lantang menyuarakan tidak puas hati mereka walaupun Malaysia kini sudah melepasi sasaran 90 peratus penduduknya diberikan imunisasi Covid-19.

Apabila kerajaan melaksanakan langkah lebih tegas dengan mewajibkan vaksinasi sebagai syarat untuk kakitangan kerajaan termasuk guru bekerja semula, ada antara penentang vaksin ini memetik peruntukan perlembagaan negara bahawa tindakan itu mencabul hak asasi mereka, iaitu kebebasan memutuskan hal-hal berkaitan perubatan mereka.

Malah, seorang anggota tentera memfailkan saman terhadap Angkatan Tentera Malaysia atas alasan diskriminasi, selepas dia dipecat kerana ingkar arahan pada Ogos lalu apabila enggan divaksin.

Dalam pada itu, kerajaan juga telah menggalakkan perlindungan optimum Covid-19 melalui dos penggalak.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
18 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok