5.5 juta ayam import dibawa masuk sebulan mulai Disember

December 4, 2021 · Isu semasa

Kira-kira 16.5 juta ekor ayam import sejuk beku akan dibawa masuk untuk tempoh tiga bulan sehingga Februari tahun depan bagi menampung keperluan dan menurunkan harga di pasaran tempatan.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam satu kenyataan hari ini berkata kebenaran mengimport bagi menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran itu, melibatkan pertimbangkan import sehingga 10,000 metrik tan atau 5.5 juta ekor sebulan.

“Syarikat yang berhasrat untuk mengimport perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai kemudahan penyimpanan sejuk beku serta tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

“Kebenaran pengimportan ini hanya akan dibenarkan dari negara dan loji penyembelihan yang telah diluluskan oleh kerajaan,” kata MAFI.

Langkah intervensi itu adalah berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Disember lalu bahawa kerajaan akan mengimport ayam sejuk beku bagi menampung permintaan, dan membolehkan rakyat mendapat bekalan pada harga lebih rendah berbanding ayam segar tempatan.

Kenyataan MAFI itu mengatakan kebenaran mengimport ayam bulat itu adalah bersifat sementara sehingga bekalan ayam dapat distabilkan oleh industri ayam tempatan.

Selain itu, kuantum import itu hanyalah untuk memenuhi kekurangan bekalan ayam semasa untuk tempoh tertentu sahaja.

Berdasarkan penelitian MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), negara berhadapan kekurangan bekalan ayam dalam pasaran secara purata sebanyak 18 peratus bagi bulan Oktober dan November 2021 dan diunjurkan berlarutan ke bulan Disember 2021.

“Kekurangan bekalan ayam ini antara lain disebabkan berlakunya peningkatan permintaan yang mendadak berikutan pembukaan semula sektor ekonomi, terutamanya hotel, restoran dan katering bermula bulan Oktober 2021,” menurut kenyataan MAFI itu

Keperluan ayam dalam negara adalah sebanyak 3,762 metrik tan atau 2.09 juta ekor sehari atau 113,220 metrik tan atau 62.9 juta ekor sebulan.

Kekurangan bekalan ayam juga telah menyebabkan kenaikan harga ayam mencecah sehingga RM10 bagi satu kilogram di pasar basah dan pasar raya.

“Langkah intervensi yang diambil kerajaan ini adalah dengan mengambil kira semua aspek secara menyeluruh, dalam memastikan bekalan ayam dalam pasaran sentiasa mencukupi dengan harga yang berpatutan, pada masa sama kebajikan penternak ayam tempatan juga akan terus dipelihara,” katanya.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Subsidi dan kawalan harga ayam berakhir pada Rabu ini
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Longkang berpotensi runtuh lagi
January 26, 2022
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023
Sembilan rakyat Malaysia di Ukraine tiba di Poland
February 27, 2022
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok