Sembilan rakyat Malaysia di Ukraine tiba di Poland

February 27, 2022 · Isu semasa

Sembilan rakyat Malaysia bersama dua tanggungan mereka dan seorang warga Singapura yang dibawa keluar dari Kyiv, Ukraine selamat tiba di Poland awal pagi tadi dan disambut dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di negara itu.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menerusi ciapan di Twitter memaklumkan konvoi tersebut yang diketuai oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ukraine Fadhilah Daud kini sedang menuju ke ibu kota Poland.

“Mereka sedang menuju ke Warsaw pada waktu ini dan dijangka pulang ke Kuala Lumpur dalam masa yang terdekat,” katanya lapor Bernama.

Sementara itu, Wisma Putra menerusi hantaran di Twitter memaklumkan konvoi itu selamat tiba di sempadan Korczowa-Krakovets pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia (10.45 malam, 26 Feb waktu tempatan).

“Wisma Putra sentiasa berhubung dengan pegawai kedutaan mengenai lokasi, keselamatan dan konvoi yang mengiringi mereka,” katanya.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis mengumumkan operasi ketenteraan khas di wilayah Donbas, timur Ukraine.

Susulan itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Ukraine juga telah mengumumkan penutupan ruang udaranya untuk kegunaan awam, kerana ‘berisiko tinggi’ kepada penerbangan awam.

Difahamkan, pelan pemindahan untuk rakyat Malaysia adalah menerusi jalan darat ke Poland, yang meliputi perjalanan 782 kilometer.

Berita berkaitan
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Malaysia negara pelbagai kaum, tidak perlu dibahas : Muhyiddin
July 15, 2023· Politik
Malaysia dalam tempoh getir kerana dipimpin kakistokrasi : Muhyiddin
July 15, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok