PRN Sarawak: Berkumpul, berarak iringi penamaan calon dilarang

December 3, 2021 · Politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang diadakan sebarang perarakan pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Isnin ini.

Setiausaha Datuk Ikmalrudin Ishak berkata hanya calon, pencadang dan penyokong calon dibenarkan masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC).

“SPR berharap agar proses penamaan calon berjalan lancar tanpa apa-apa insiden tidak diingini, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, kertas penamaan calon boleh dikemukakan bermula jam 9 pagi sehingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 82 PPC oleh calon, pencadang dan penyokong; atau mana-mana dua orang daripada mereka; atau mana-mana seorang daripada mereka.

Beliau berkata, untuk memudahkan proses penamaan calon, SPR menasihatkan bakal calon yang ingin bertanding agar mengisi dan membuat semakan awal borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat SPR Sarawak sebelum hari penamaan calon

“Selain itu, bakal-bakal calon juga disarankan membuat pembayaran deposit lebih awal. Perlu diingatkan bahawa resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan calon sebagai bukti bayaran bertujuan memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.

“Bagi calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan bahawa surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili hendaklah dikemukakan semasa menyerahkan Kertas penamaan calon,” katanya.

Beliau berharap semua calon dan parti politik yang bertanding sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR.

Katanya, ini termasuk pihak berkuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Sarawak Disaster Management Committee (SDMC) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada hari penamaan calon.

PRN Sarawak ke-12 akan diadakan pada 18 Disember dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Disember, manakala hari mengundi awal pula pada 14 Disember.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
Allah pilih saya urus situasi paling sukar rakyat, negara: Muhyiddin
October 31, 2022
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok