47 kematian semalam, 511 pesakit di ICU

December 3, 2021 · Isu semasa

Seramai 47 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia, termasuk 12 yang belum sempat menerima rawatan di hospital atau ‘brought in death’ (BID), dalam tempoh 24 semalam, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak wabak Covid-19 mula menular di negara ini awal tahun lalu sebanyak 30,521 kes, termasuk 6,177 kes BID.

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan sebanyak sembilan kes kematian, menjadikan kumulatif di negeri itu sehingga semalam sebanyak 9,808 kes, termasuk 2,088 kes BID.

Sehingga semalam negeri itu merekodkan 755,214 kumulatif kes positif, manakala 728,682 pesakit telah sembuh.

Keseluruhannya sehingga semalam, Selangor merekodkan 18,291 kes aktif, termasuk 16,127 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah; 1,138 ditempatkan di PKRC; 937 dimasukkan ke hospital; dan 89 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 60 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagi kes kematian di negeri lain, Perak, kelantan dan Sabah masing-masing merekodkan enam kes; manakala Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing lima kes.

Kuala Lumpur pula mencatat tiga kematian; Johor dua; dan masing-masing satu di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, dan Sarawak.

Labuan kali pertama sejak 3 Oktober lalu, turut mencatat satu kes kematian menjadikan kumulatif di Wilayah Persekutuan itu sebanyak 150 kes.

Semalam, negara merekodkan 5,806 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari, meningkat berbanding 5,439 yang dicatat pada Rabu, dengan sembilan negeri merekodkan kenaikan kes baharu.

Kes di Selangor meningkat daripada 1,582 pada Rabu kepada 1,726 semalam; diikuti Kelantan (640 semalam, 639 Rabu); Johor (635 semalam, 488 Rabu); Kuala Lumpur (385 semalam, 326 Rabu); Pahang (354 semalam, 326 Rabu); Melaka (249 semalam, 124 Rabu); Perak (228 semalam, 205 Rabu); Negeri Sembilan (181 semalam, 180 Rabu); dan Putrajaya (53 semalam, 21 Rabu).

Sementara itu, sehingga semalam sebanyak 62,253 kes masih aktif, dengan 50,358 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah; 6,346 ditempatkan di PKRC; 5,038 dimasukkan ke hospital; dan 511 pesakit dirawat di ICU, termasuk 266 daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Keseluruhannya negara mencatat 2,638,092 kumulatif kes positif, dengan 2,551,253 pesakit telah sembuh.

Pecahan kes baharu mengikut negeri pada 2 Disember 2021.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok