Panik keputusan mahkamah 8 Dis, Najib kemuka bukti baharu libatkan bekas Gabenor

December 2, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak mengemukakan bukti baharu melibatkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam usahanya untuk melepaskan diri terhadap sabitan terhadapnya dalam kes rasuah RM42 juta SRC International (SRC).

Langkah bekas Perdana Menteri (PM) itu diambil kurang seminggu keputusan rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan bersalah terhadapnya, serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya.

Mahkamah Rayuan akan mengumumkan keputusan tersebut pada 8 Disember ini.

Menerusi Notis Usul yang difailkan di Mahkamah Rayuan, Najib memohon untuk mengemukakan keterangan viva voce Ketua Pesuruhjaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM), Datuk Seri Azam Baki, pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussein dan beberapa lagi saksi lain.

Menurut salinan afidavit sokongan Najib terhadap permohonan hari ini, langkah untuk mengemukakan bukti baru itu susulan pendedahan SPRM bahawa Singapura telah memulangkan sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik bersama Datuk Tawfiq Ayman – suami kepada bekas Gabenor, Zeti .

Najib mendakwa bukti tersebut tidak ada ketika perbicaran dan ia “relevan secara material” bagi isu yang berkaitan dengan kes itu.

“Saya sesungguhnya percaya keterangan yang kini telah ditemui dan disahkan boleh dipercayai mendedahkan penglibatan Zeti dalam skim-skim Jho Low.

“Saya sesungguhnya percaya peranan Zeti dalam memudahkan Jho Low menyebabkan tiada tanda merah atau amaran penyelewengan dibangkitkan mengenai perkara yang berkaitan dengan urus niaga dalam akaun saya dari 2011 hingga 2015, walaupun perkara tersebut telah dilaporkan secara peribadi kepada Bank Negara dan Zeti telah menyediakan ruangan untuk Jho Low untuk menjalankan manipulasinya.

“Saya sesungguhnya percaya sekiranya keterangan sedemikian telah dikemukakan semasa perbicaraan, mahkamah akan mencapai pendapat berbeza yang memihak kepada saya dan mengakibatkan wujudnya keraguan munasabah telah ditimbulkan terhadap kes pendakwaan ke atas semua pertuduhan di mahkamah perbicaraan dan mahkamah yang mulia ini (Mahkamah Rayuan),” kata Najib.

Dalam afidavit itu, Najib juga memohon maaf ke atas Mahkamah Rayuan terhadap sebarang kesulitan berhubung waktu permohonan dibuat, dan menjelaskan ia dibuat tanpa berlengah, setelah mendapat tahu tentang bukti baru.

“Walaupun tarikh untuk keputusan rayuan telah ditetapkan, dengan mengambil kira perkara-perkara ini, saya dengan rendah hati menyatakan keterangan itu akan mempunyai kesan material ke atas subjek perkara rayuan ini, dan oleh itu perlu diterima dan dikemukakan dalam rayuan-rayuan untuk semua perkara penting tersebut di bawa ke mahkamah yang mulia ini bagi membolehkan keputusan yang adil dicapai.

“Oleh itu, saya dengan penuh rasa hormat menyatakan bahawa memandangkan kebebasan dan mata pencarian saya terancam, dengan mengambil kira perkara yang digariskan di sini, ia perlu untuk keterangan/bukti ini dibenarkan untuk diterima dan dikemukakan dalam rayuan demi kepentingan keadilan,” katanya lagi.

Pada 27 November lalu, Najib membuat laporan polis dengan mendakwa ada pihak menyembunyikan bahan bukti membabitkan perbicaraan kes SRC dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib berkata tidak dapat mendedahkan nama individu terbabit namun mendapat tahu mereka yang terlibat merupakan individu yang dilantik ke Jabatan Peguam Negara dan SPRM semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Dua hari sebelum itu, Tommy Thomas berkata siasatan SPRM terhadap Zeti dan suaminya tidak sempat diselesaikan sepanjang menjadi peguam negara, bermula Jun 2018 hingga Februari 2020.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
PRN Melaka: KKM sudah sediakan SOP
October 9, 2021
Rakyat tertekan berdepan peningkatan kos sara hidup
July 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok