Israel semasa berdepan gelombang ketiga terpaksa beri dos penggalak: KJ

November 29, 2021 · Isu semasa

Kerajaan masih mengkaji secara mendalam berhubung keperluan untuk mewajibkan orang ramai mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 dan dikategorikan sebagai lengkap vaksinasi, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan itu memberikan senario yang dihadapi negara Israel semasa berdepan gelombang ketiga penularan wabak itu walaupun berjaya memberi vaksinasi kepada rakyatnya dengan pantas sebelum ini, ia termasuk langkah memberikan dos penggalak.

Beliau berkata Israel pernah berdepan dengan gelombang ketiga meskipun telah menyelesaikan vaksinasi dalam tempoh yang pantas.

“Israel, mereka mungkin negara terpantas selesaikan vaksinasi, apabila selesai vaksinasi dos pertama dan kedua kes dan kematian menurun, ini menunjukkan keberkesanan vaksinasi.

“Namun, selepas melihat terdapatnya kumpulan yang tidak mengambil vaksin dan melihat kepada penurunan keberkesanan vaksinasi hingga tercetusnya gelombang ketiga, mereka (Israel) percepatkan pemberian dos penggalak dan hari ini (kes) menurun balik… jadi negara awal ini menjadi ‘leading indicator’ tentang apa perkembangan yang perlu kita sediakan di Malaysia,” katanya lapor Bernama.

Khairy semalam diwawancara dalam program Agenda Awani bertajuk ‘Dos Penggalak Jadi Perisai’.

Menurut Khairy lagi, ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) sedang membuat kajian berdasarkan pengalaman negara lain yang telah menetapkan dos penggalak sebagai syarat lengkap vaksinasi.

“Pakar-pakar juga sedang mengkaji keberkesanannya dan mereka akan membuat syor kepada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B).

“Kalau kita dapati kes meningkat, kemasukan ke hospital dan kematian juga meningkat disebabkan keengganan orang untuk terima dos penggalak dan sudah menjadi norma antarabangsa untuk mereka mensyaratkan vaksinasi lengkap ialah penerima series primer dan juga dos penggalak, maka kita akan membuat keputusan sama…tetapi (sekarang) belum lagi,” katanya.

Khairy berkata buat masa ini kerajaan mengiktiraf vaksinasi lengkap bagi individu penerima dua dos vaksin AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer yang tiada masalah kesihatan.

Beliau berkata Malaysia mungkin berdepan dengan gelombang baharu Covid-19 sekiranya liputan pemberian dos penggalak itu tidak disegerakan.

“Kalau liputan dos penggalak tidak tinggi macam liputan (pemberian vaksinasi) dos pertama, kedua yang (menjadi) antara terbaik di dunia…kes, kadar kemasukan ke hospital dan kematian akan meningkat,” katanya.

Beliau berkata daripada lebih 1.7 juta dos penggalak jenis Pfizer yang telah diberikan di negara ini, sebahagian besar kesan sampingan ringan dilaporkan adalah seperti lenguh, sakit di lengan serta demam dan data berkenaan didapati sama dengan kesan sampingan yang dialami penerima vaksin dos pertama dan kedua.

“Daripada jumlah ini (1.7 juta), hanya 11 kes boleh dikategorikan agak serius macam alahan dan sebagainya, tetapi ia tidak menyebabkan kemasukan ke hospital yang serius setakat ini,” katanya.

Khairy berkata strategi kesihatan awam yang diguna pakai KKM dalam pemberian vaksinasi dos penggalak adalah mendidik dan memberi penerangan kepada rakyat terlebih dahulu dan bukannya dengan cara memaksa, iaitu sama seperti pendekatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Selepas itu, barulah kita beralih strategi yang mungkin lebih agresif, misalnya mengatakan bahawa hanya individu yang lengkap vaksinasi boleh diberikan kebebasan tertentu,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok