PH tanding semua kerusi di Sarawak tapi guna lambang parti sendiri

November 25, 2021 · Politik

Lambang parti sendiri yang bertanding akan digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 nanti dan tidak akan menggunakan lambang Pakatan Harapan (PH) seperti kebiasaannya.

Semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan ditandingi PH, kata Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen hari ini. Namun, setiap parti komponen dalam PH yang bertanding akan menggunakan lambang masing-masing dan bukan lambang PH.

“Kita akan bertanding guna bendera masing-masing.

“Amanah akan guna bendera Amanah, DAP guna roket dan PKR (bendera) mata biru,” katanya hari ini semasa sidang media.

Chieng Jen berkata pemilihan calon ditentukan oleh parti komponen dan akan diumumkan kemudian.

“Terpulang kepada parti komponen untuk menentukan calon masing-masing. Kita akan bertanding di semua 82 kerusi DUN,” katanya lagi.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12.

SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis.

Pada pilihan raya negeri 2016, Pakatan Harapan menang 10 kerusi iaitu lapan DAP dan dua PKR.

Namun, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Baru Bian (Ba’kelalan) dan Ali Biju (Krian) keluar parti dan masing-masing menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Bersatu.

Manakala DAP kehilangan dua kerusi apabila seorang ADUN iaitu Ting Tiong Choon (Pujut) hilang kelayakan selepas memiliki dua kerakyatan manakala ADUN Padungan Wong King Wei keluar dari parti Julai tahun lalu.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok