Formula pembahagian UMNO ‘sapu kerusi’ PRU15 dari PAS

April 11, 2021 · Politik

Formula pembahagian kerusi yang dikemukakan UMNO kepada PAS membayangkan parti itu hendak menjadi dominan dalam gagasan Muafakat Nasional (MN).

Formula itu didedahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada wartawan selepas merasmikan Majlis Penutup Program Bangkit 15 di Melaka, hari ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan bahawa PAS menangguhkan perbincangan pembahagian kerusi dengan UMNO, beliau berkata rundingan masih diadakan menerusi  Jawatankuasa Induk MN yang diadakan setiap dua minggu sekali.

“Bahkan kita setuju kerusi yang dimenangi akan ditandingi oleh parti masing-masing, dan formula kedua kita setuju parti mana yang dapat undi terbanyak, kerusi berkenaan akan diberikan kepada parti berkenaan,” katanya.

Berdasarkan kepada formula itu, UMNO dilihat akan memiliki kerusi paling banyak berbanding PAS apabila dicampur antara kerusi dimenangi dengan kerusi yang mendapat undi terbanyak.

Agenda Daily menyemak secara ringkas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu menerusi portal Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Pada PRU14, daripada 222 kerusi Parlimen, 55 dimenangi UMNO, manakala PAS hanya 18 kerusi. Kerusi UMNO berkurangan kepada 38 selepas beberapa ahli Parlimennya menyertai Bersatu.

Perlu juga diketahui bahawa UMNO meletakkan calonnya di hampir semua kerusi Parlimen, kecuali di Sarawak dan kawasan yang diwakili parti sekutunya di dalam Barisan Nasional (BN).

Pada PRU14 lalu berlaku pertembungan antara UMNO dan PAS selain calon parti lain. Ada kawasan di mana mereka kalah, namun undi kedua terbanyak lebih memihak kepada UMNO.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula daripada 505 kerusi yang ditandingi UMNO, parti itu memenangi 145 kerusi, manakala PAS pula menang di 89 DUN.

Berikut adalah pecahan kerusi DUN dimenangi UMNO dan PAS pada PRU14 lalu.

  • 15 DUN Perlis: UMNO (9); PAS (1)
  • 36 DUN Kedah: UMNO (3); PAs (15)
  • 45 DUN Kelantan: UMNO (9); PAS (37)
  • 32 DUN Terengganu: UMNO (10); PAS (22)
  • 40 DUN Pulau Pinang: UMNO (2); PAS (1)
  • 59 DUN Perak: UMNO (27); PAS (3)
  • 42 DUN Pahang: UMNO (25); PAS (8)
  • 56 DUN Selangor: UMNO (4); PAS (1)
  • 36 DUN Negeri Sembilan: UMNO (16); PAS (0)
  • 28 DUN Melaka: UMNO (14); PAS (0)
  • 56 DUN Johor: UMNO (13); PAS (1)
  • 60 DUN Sabah: UMNO (13); PAS (0)

Agenda Daily juga mendapati secara umumnya UMNO menjadi parti yang paling banyak mendapat undi berbanding PAS di kawasan Parlimen dan DUN yang kedua-dua parti itu kalah.

Oleh yang demikian berdasarkan formula yang dikatakan oleh Mohamad itu tadi, UMNO akan mempunyai hak untuk meletakkan calon mereka di hampir semua kerusi Parlimen dan DUN, sama ada yang mereka menang atau kalah.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak perlu sambung MoU dengan pembangkang yang semakin ketakutan: Zahida
March 17, 2022
PRU-15 nak tunggu apa lagi, gesa Zahid kepada Ismail Sabri
March 18, 2022
PKR Bandar Tun Razak lapor polis fitnah isteri Anwar dalam gambar tular
October 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok